Recent Updates Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • Cikgu Yati 10:03 AM on 24/11/2010 Pautan Kekal | Balas  

    Asssalamualaikum

    Bulan lepas saya pergi ke pasar Datuk Keramat(DK) di Kuala Lumpur. Kemudian saya berpeluang mengunjungi pasar Siti Khadijah(SK) Kota Bharu, pasar Wakaf Bharu    (WB) dan pasar Wakaf Che Yeh(WCY), semuanya di negeri Kelantan.

    Keadaan di DK amat jauh ketinggalan  di bandingkan dengan pasar-pasar di negeri Kelantan ini. DK ialah tempat orang Melayu KL berniaga tetapi sangat terabai walaupun terletak di KL. Berniaga dibawah bangsal-bangsal dengan lantai yang lecak, tiada parking, kotor…….. kesian sungguh nasib peniaga  disini.Di pasar Chow Kit juga sama keadaannya, tapi inilah pasar utama untuk orang Melayu berniaga di KL iaitu ibu negara ini.

    Di pasar-pasar  di negeri Kelantan, yg saya sebut diatas, terdapat sumber modal yang sungguh mudah dan halal iaitu adanya Pusat gadaian ArRahnu ( yg disediakan oleh Perbadanan Menteri Besar). Peniaga-peniaga kecil tidak perlu meminjam dari along atau bank-bank . Sistem maskawin disana amat menguntungkan kaum wanita (kebanyakan peniaga dipasar itu adalah wanita) dimana  wanita boleh terus membeli barang kemas dengan maskawin itu. Ini adalah aset penting bagi seorang peniaga kerana barang kemas ini boleh digadai untuk dijadikan modal. Masa saya kawin dulu, maskawin telah ditetapkan sebanyak RM60. Saya sungguh sedih kerana tak dapat beli walau sesaga emas dengan duit tu. Ini ialah kesilapan adat yang bertentangan dengan syariat.Yang beribu-ribu tu dipanggil belanja hangus….amat malang bagi wanita yang tidak dapat hak mereka.

    Maksud saya, terdapat kaitan yang sangat rapat antara maskawin,aset emas dengan modal pusingan bagi peniaga-peniaga wanita di negeri Kelantan ini. Sebab itu mereka sarat memakai barang kemas. Mereka tidak takut di rompak atau diragut semasa berniaga di pasar. Jika ada kes ragut, peragut tak sempat lari kerana kena kepung dan kena belasah di situ juga. Tak perlu tunggu polis pun. Semangat prihatin dan cakna itu masih menebal.

    Mampukah pasar DK dan Chow Kit menandingi kehebatan pasar besar Siti Khadijah sebagai pusat berniaga orang-orang Melayu?

     

     

     

     

     
  • Cikgu Yati 8:23 AM on 12/05/2010 Pautan Kekal | Balas  

    Hari guru tahun ini sangat meriah le……. semua cikgu dan cikgi kena buat gotong royong mencuci dan mengemas sekolah. Kesian kat cikgu-cikgu Malaysia ni. Mungkin ramai yang tak perasan bahawa  mengemas dan mencuci tu dah jadi tugasan harian guru, sepanjang tahun mengemas dan membersih…. terutamanya masa cuti dan di awal tahun.

    Guru-guru biasanya menjadi penyelaras bilik-bilik tertentu. Kat sekolah saya penyelaras tandas pun ada. Tugas penyelaras itu ialah memastikan bilik kita sentiasa kemas, bersih dan cantik, nak-nak pula bila ada pelawat nak datang atau nak masuk sesuatu pertandingan. Kalau guru yang mengajar subjek yang ada bengkel tu lagi teruk… lebih penat dari bibik kat rumah. Itu lah keadaannya. Guru-guru di pedalaman itu lagi  teruk keadaan mereka.

    Ramai yang tak faham atau buat-buat tak faham. Idea siapa lah agak nya….. suruh guru gotong royong untuk SAMBUT HARI GURU. Sedihnya hati ini…Apa-apa pun guru Malaysia sering diberi ingatan (amaran!) supaya sentiasa bersyukur kepada kerajaan yang bagi kita gaji. Sekadar peringatan …… agaknya di negara lain gaji guru tidak dibayar oleh kerajaan .

    http://www.moe.gov.my/hariguru/

     
    • lanunsepet 2:01 AM on 16/05/2010 Pautan Kekal

      CIKGU… SAYA ADA BG AWARD HARI GURU KAT CIIKGU… SILA TUNTUT DI BLOG SAYA YAR.. KALU SUDI.. GRABYE…. terima yer cikgu. :-)

    • Cikgu Yati 8:20 PM on 16/05/2010 Pautan Kekal

      terima kasih mr lanun, cantik awardnye.

    • lanunsepet 9:23 PM on 16/05/2010 Pautan Kekal

      sama2.. :-)

    • denganu 2:19 PM on 22/01/2011 Pautan Kekal

      salam…
      realiti sebenar kerjaya seorang guru. cikgu ‘serba boleh’

    • norhafieza 2:56 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      hari guru saya sangat meriah lo cikgu yati

    • norhafieza 5:21 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      cikgu kalau sudi pergilah ke blog saya ye cikgu yati

    • norhafieza 11:16 AM on 27/01/2012 Pautan Kekal

      saya rasa saya seorang yang pemalas dan cepat marah apa nasihat cikgu yati

    • norhafieza 1:33 PM on 04/02/2012 Pautan Kekal

      saya rasa saya malas nak jadi pengawas pss bolehkah cikgu beri sedikit nasihat kepada saya

    • norhafieza 1:41 PM on 04/02/2012 Pautan Kekal

      saya rasa bangga dengan adik saya cikgu

    • norhafieza 7:04 PM on 04/02/2012 Pautan Kekal

      saya rasa malas

    • norhafieza 8:10 PM on 08/02/2012 Pautan Kekal

      saya mahu cikgu beri nasihat atas apa ayat yang saya tulis tadi.

    • norhafieza 12:19 PM on 15/04/2012 Pautan Kekal

      cikgu saya pernah ponteng kelab pergi vista tanpa pengetahuan ibu bapa ketika sekolah dan tipu cikgu saya saya, banyak buat salah dengan cikgu saya dan ibu bapa saya

  • Cikgu Yati 9:12 AM on 03/12/2009 Pautan Kekal | Balas  

    Pada suatu pagi saya dalam perjalanan ke Kota Bharu melalui Gerik. Singgah sebentar di warung roti canai berhampiran stesen bas Kuala Kangsar. Sepanjang saya duduk makan disitu ( lebih kurang 40 minit) , saya dapati gerai mamak yang menjual pelbagai barang itu dikunjungi oleh ramai murid lelaki dari sekolah  berhampiran. Mamak penjual secara menyorok-nyorok menjual rokok   secara runcit, munkin RM 1 sebatang kpd murid sekolah. Bayangkan berapa untung  yang di kaut oleh mamak ini setiap hari . Murid sekolah menggunakan wang belanja bukan untuk makan dan minum tapi beli rokok sebatang demi sebatang setiap hari. Mereka memang tidak mampu untuk beli sekotak.

    Mesejnya , kerajaan hanya membenarkan rokok dijual dalam kotak yang melebihi 20 batang. Adakah ini akan mengurangkan tabiat merokok dikalangan murid/ remaja? Tidak ada pemantaun atau penguatkuasaan atas penjual rokok sebatang  ini. Saya yakin perkara yang serupa amat berleluasa di setiap kedai/ gerai yang beroperasi hampir dengan sekolah/pusat tuisyen. Diluar munkin,nampak jual air, tapi didalam lacinya ada rokok. Apakah cara kita nak membantu mencegah kemunkaran ini?. Sila beri pandangan, Terima Kasih

     
    • musang09 11:12 PM on 07/12/2009 Pautan Kekal

      Jangan salahkan mamak tu. Jangan salahkan pelajar tu. Salahkan kita sendiri sebab sebagai ahli masyarakat kita ada tanggungjawab. Kalau nak harapkan orang kesihatan, mampukah mereka yang jumlahnya dua tiga kerat nak pantau satu bandar? Apa yang u buat masa tu. Cuma tulis dalam blog saje? Emm pening kepala PM kalau dapat rakyat macam ni…

    • fahmi ibrahim 7:50 PM on 30/12/2009 Pautan Kekal

      Semua anggota masyarakat perlu bergandingan dalam menyelesaikan masalah komuniti ini. Saya juga pernah melihat (sentiasa mungkin) perkara ini berlaku. Namun agak kekok untuk melakukan sesuatu. Benar kita tidak boleh menuding jari pada satu pihak sahaja, tetapi kita anggota masyarakat marhain ini tidak punya kekuatan untuk itu. Sekarang ini jarang sekali rasanya perlakuan memberi nasihat ini dapat dilunaskan. Kerana “dasar” menjaga tepi kain orang telah disalah tafsirkan oleh masyarakat

    • burn 11:38 PM on 20/03/2010 Pautan Kekal

      kesian cikgu dpt blsn negatif…sy bkn nk komen pasal rokok…hehe…tp kedai mamak tu mmg cekik darah…brg mmg mahal…sek men clifford btl2 dpn stesen bas tu…skolah laki…phm2 la…

    • Abi Asyraf 10:46 AM on 09/04/2010 Pautan Kekal

      musang09..sekurang-kurangnya Cikgu Yati dah buat satu usaha dengan menulis dalam blog..anda pula? punca semuanya adalah institusi keluat\rga sekarang di mana mak bapak kurang peduli hal anak..jangan harapkan cikgu sahaja nak didik anak anda..cikgu sekarang kena lebih banyak mengajar bukan mendidik..kerajaan gak yang tukar nama kementerian pendidikan jadi kementerian pelajaran..

    • Madam Pam 9:43 PM on 19/04/2010 Pautan Kekal

      salam…. betul kata Abi Asyraf, mak ayah serah kat cikgu utk didik anak-anak diaorg, tapi tak bagi kita sentuh anak-anak diaorg, macamana nak berkesan…kita nie bukannya gila nak memukul tanpa sebab..tapi banyak sangat dah terdengar yang cikgu-cikgu nie sume ader masalah…..

    • MikifKks8 2:20 PM on 11/05/2010 Pautan Kekal

      Fascinating article. Thank you for sharing

    • Cikgu Yati 8:58 AM on 12/05/2010 Pautan Kekal

      setiap manusia ada tanggungjawab dan bidangkuasa masing-masing. Bidangkuasa saya ialah menulis dengan tangan saya. Orang yang memegang jawatan saperti menteri, exco, ketua masyarakat, pengetua, MB, PM dan sebagainya mesti melakukan amar makruf dan nahi mungkar mengikut kuasa masing-masing yang diberi (diamanahkan) melalui jawatan itu. Ini dilakukan melalui kuasa legislatif, esekutif dan judiciary (itu le KERAJAAN namanya).

    • norhafieza 3:05 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      betul tu cikgu yati

    • norhafieza 5:23 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      sekolah saya pun pernah berlaku cikgu yati

    • norhafieza 5:29 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      mamak itu tidak patut disalahkan salah kamu kerana kamu yang membeli benda itu faham

    • norhafieza 11:37 AM on 27/01/2012 Pautan Kekal

      memang la

    • norhafieza 8:11 PM on 08/02/2012 Pautan Kekal

      saya mahukan nasihat cikgu.

  • Cikgu Yati 8:55 AM on 02/12/2009 Pautan Kekal | Balas  

    Masalah perbelanjaan disekolah

    Peraturan kewangan menghalang sekolah membeli bahan hiasan dalaman yang dianggap munasabah seperti langsir dan skirting. Masalahnya pegawai-pegawai dari kementerian/jabatan akan menegur sekolah yang tak ada langsir atau skirting. Ada kumpulan pengetua dibawa melawat beberapa sekolah menengah kerajaan di Kelantan begitu terpesona dengan ‘skirting’ dan hiasan yang ada disekolah  tersebut sehingga kerusi pun berskirt macam dihotel.

    Persoalannya ialah setakat mana peraturan kewangan  membenarkan perbelanjaan hiasan dalaman ini? Alasan yang menghalang penggunaan sebahagian peruntukan untuk keceriaan atau baik pulih ialah ‘tidak berkaitan dengan P and P ‘.

    Disekolah ada pelbagai jenis bilik/ bengkel yang berbeza keperluannya, Contoh, bagi makmal komputer langsir gelap adalah keperluan. Bagi bengkel KHB, baikpulih mejakerja adalah keperluan, bagi Pemprosesan Makanan , mesen basuh adalah satu keperluan. Tetapi disekolah semua ini tidak boleh guna PCG  kerana tidak berkaitan dengan p and P

    . Maka Pentadbir sekolah menghadapi masalah untuk meningkatkan prasarana dan keceriaan sekolah, Mereka terpaksa mohon sana dan mohon sini. Ada yang minta melalui parti politik yang ada duit tapi ada syarat pulak ( faham-faham aje le). Bulan Oktober, setiap panitia ada  banyak  baki. Olehkerana tidak boleh bawa ketahun depan ( hanya 10 %), maka duit itu terpaksa dibelanjakan juga. Akhirnya guru diminta  beli buku rujukan dan ulangkaji , walaupun sudah ada penuh dalam almari. akhirnya jual recycle. Saya yakin jika di buat pemantauan, semua sekolah banyak membeli buku-buku yang tidak digunakan . Yang untung ialah penjual buku.

    Masalah ini munkin timbul kerana mereka yang membuat peraturan kewangan tidak peka dengan keperluan sebenar disekolah-sekolah dan setiap tahun keperluan ini berubah. Diharapkan Majlis Pengetua dapat memainkan peranan untuk memberi input dan cadangan kepada pihak atasan . Jangan takut untuk bersuara. Kalau ditakdirkan anda naik pangkat,  tidak kira apa pun tetap naik pangkai. Be brave, critical, honest and caring for the sake of our children. Wassalam

     
    • musangman 12:58 AM on 08/12/2009 Pautan Kekal

      Pelik bin ajaib bila u cerita masalah kewangan ni. Duit LPBT sekolah u buat apa? Sape kata duit LPBT tak boleh beli langsir? tak boleh baikpulih meja kerja, mesin basuh dan sebagainya. Sila jumpa cc yang dah lulus PTK.

      Duit PCG tak semestinya digunakan untuk beli buku saja. Bahkan apa jua bentuk bahan untuk pelajar…photostate modul, sampaikan alat tulis, alat melukis, alat mewarna dan kertas lukisanpun sepatutnya guna duit tu. Maknanya pelajar belajar percuma le tu.

    • Anuar 1:32 AM on 22/01/2010 Pautan Kekal

      Bagaimana kita dapat memantau murid dan memastikan ibubapa mereka tahu bahawa guru mengadakan aktiviti di sekolah selain memberi Surat Pemberitahuan..
      Dengan perkembangan teknologi, saya menemui satu sistem yang mampu menghantar sms terus ke telefon bimbit ibubapa bagi memberitahu tentang aktiviti tersebut secara pukal.
      Di mana dengan hanya satu klik sahaja, semua ibubapa murid akan menerima secara serentak bersama ID guru yang menghantar.
      Anuar
      aaspuri@yahoo.com

      January 21, 2010 9:22 AM

    • Cikgu Yati 9:10 AM on 12/05/2010 Pautan Kekal

      Saya tak sentuh pun fasal duit LPBT tu. Memang duit tu boleh beli langsir tapi tak cukup sbb ada kegunaan lain spt bil air, letrik dan sebagainya. Kalau nak duit untuk tujuan lain, kena buat kertas kerja kepada ketua parti politik tertentu untuk dapat peruntukan. Kalau PIBG kamceng dengan mereka, mudah dapat macam-macam.

    • aznor 7:46 PM on 25/06/2011 Pautan Kekal

      saya pun pelik dgn cerita u ni… apa guna ada ketua panitia … ketua panitia dlm mesy panitia boleh memberi cdangan n ada kuasa mengunakan duit pruntukan bwh panitia utk keceriaan… mcm langsir ,skirting… boleh… tiada larangan rujuk balik pekeliling kewangan bil 8 tahun 2010… bukan setiap tahun pun nak tukar benda ni… so not a big problem…. i rasa u bole rujuk u punya cc atau PT kwangan sekolah .. jangan main serkap jarang ok…

    • mas aji 7:50 PM on 05/07/2011 Pautan Kekal

      Saya sangat setuju dengan pendapat aznor.Bila seorang cikgu mengharapkan 5 kebaikan.Hanya 4 dapat ditunaikan.Yang 1 tak dapat itulah dijaja sepanjang tahun.Seolah-olah dia diketepikan.

    • norhafieza 2:59 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      saya pergi sekolah bawa dua ringgit saja cikgu yati

    • norhafieza 5:24 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      duit pibg harus dibayar cikgu yati

    • norhafieza 11:51 AM on 09/12/2011 Pautan Kekal

      sekolah memang banyak peraturan cikgu yati

    • norhafieza 11:53 AM on 09/12/2011 Pautan Kekal

      saya malas nak ikut peraturan sekolah cikgu yati

    • sidi 9:59 PM on 24/03/2012 Pautan Kekal

      salam cikgu.
      cikgu² lah yang ramai berjaya. :)

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal