SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2010

Hari guru tahun ini sangat meriah le……. semua cikgu dan cikgi kena buat gotong royong mencuci dan mengemas sekolah. Kesian kat cikgu-cikgu Malaysia ni. Mungkin ramai yang tak perasan bahawa  mengemas dan mencuci tu dah jadi tugasan harian guru, sepanjang tahun mengemas dan membersih…. terutamanya masa cuti dan di awal tahun.

Guru-guru biasanya menjadi penyelaras bilik-bilik tertentu. Kat sekolah saya penyelaras tandas pun ada. Tugas penyelaras itu ialah memastikan bilik kita sentiasa kemas, bersih dan cantik, nak-nak pula bila ada pelawat nak datang atau nak masuk sesuatu pertandingan. Kalau guru yang mengajar subjek yang ada bengkel tu lagi teruk… lebih penat dari bibik kat rumah. Itu lah keadaannya. Guru-guru di pedalaman itu lagi  teruk keadaan mereka.

Ramai yang tak faham atau buat-buat tak faham. Idea siapa lah agak nya….. suruh guru gotong royong untuk SAMBUT HARI GURU. Sedihnya hati ini…Apa-apa pun guru Malaysia sering diberi ingatan (amaran!) supaya sentiasa bersyukur kepada kerajaan yang bagi kita gaji. Sekadar peringatan …… agaknya di negara lain gaji guru tidak dibayar oleh kerajaan .

http://www.moe.gov.my/hariguru/