pasar-pasar

Asssalamualaikum

Bulan lepas saya pergi ke pasar Datuk Keramat(DK) di Kuala Lumpur. Kemudian saya berpeluang mengunjungi pasar Siti Khadijah(SK) Kota Bharu, pasar Wakaf Bharu    (WB) dan pasar Wakaf Che Yeh(WCY), semuanya di negeri Kelantan.

Keadaan di DK amat jauh ketinggalan  di bandingkan dengan pasar-pasar di negeri Kelantan ini. DK ialah tempat orang Melayu KL berniaga tetapi sangat terabai walaupun terletak di KL. Berniaga dibawah bangsal-bangsal dengan lantai yang lecak, tiada parking, kotor…….. kesian sungguh nasib peniaga  disini.Di pasar Chow Kit juga sama keadaannya, tapi inilah pasar utama untuk orang Melayu berniaga di KL iaitu ibu negara ini.

Di pasar-pasar  di negeri Kelantan, yg saya sebut diatas, terdapat sumber modal yang sungguh mudah dan halal iaitu adanya Pusat gadaian ArRahnu ( yg disediakan oleh Perbadanan Menteri Besar). Peniaga-peniaga kecil tidak perlu meminjam dari along atau bank-bank . Sistem maskawin disana amat menguntungkan kaum wanita (kebanyakan peniaga dipasar itu adalah wanita) dimana  wanita boleh terus membeli barang kemas dengan maskawin itu. Ini adalah aset penting bagi seorang peniaga kerana barang kemas ini boleh digadai untuk dijadikan modal. Masa saya kawin dulu, maskawin telah ditetapkan sebanyak RM60. Saya sungguh sedih kerana tak dapat beli walau sesaga emas dengan duit tu. Ini ialah kesilapan adat yang bertentangan dengan syariat.Yang beribu-ribu tu dipanggil belanja hangus….amat malang bagi wanita yang tidak dapat hak mereka.

Maksud saya, terdapat kaitan yang sangat rapat antara maskawin,aset emas dengan modal pusingan bagi peniaga-peniaga wanita di negeri Kelantan ini. Sebab itu mereka sarat memakai barang kemas. Mereka tidak takut di rompak atau diragut semasa berniaga di pasar. Jika ada kes ragut, peragut tak sempat lari kerana kena kepung dan kena belasah di situ juga. Tak perlu tunggu polis pun. Semangat prihatin dan cakna itu masih menebal.

Mampukah pasar DK dan Chow Kit menandingi kehebatan pasar besar Siti Khadijah sebagai pusat berniaga orang-orang Melayu?