Dilema Cikgu Sekolah Biasa

Mula-mula saya mohon maaf kerana tidak menulis sejak bulan Disember 07 sampai sekarang.  Masa cuti panjang sibuk kesana kemari maklumlah ibu dan mertua sudah tua dan perlu diziarahi sekerap mungkin, aktiviti masyarakat pun banyak, dan masa cuti jugalah cikgu nak mengemaskini kerja-kerja sekolah yang tak dapat dibereskan masa sekolah seperti stok/inventori, kemas dan ceriakan pelbagai bilik, dan macam-macam lagi yang tak boleh nak disenaraikan,’ it takes a teacher to understand the teacher’s unending tasks’

Bila sekolah buka, lagi sibuk dan bermulalah pelbagai acara, hampir setiap petang bermesyuarat dan setiap Sabtu ada event.Semua majlis mesti diurus oleh guru dan perlu bentuk pelbagai jawatankuasa. Dua tiga hari sibuk buat persiapan, tambah lagi majlis PIBG yang biasanya hanya G nya saja yang kena buat,IB hanya kata ” saya nak begitu dan saya nak begini’ terutamanya masa nak PRU 12; tiba-tiba YB nak jumpa parents nak sampaikan sijil( nak kempen}agaknya}. Kenapalah guna cikgu, nak jimat belanja kot,……..banyak P and P terabai. Dalam sibuk tu ujian dan peperiksaan mesti jalan, kelas tambahan bermula dari day one, tambah pula dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang begitu haru biru , then PPSMI { Sc. maths in English}, buddy system, PATS, Headcount, program anti dadah, anti jenayah,,,,,,semuanya dilonggokkan kat sekolah.

Kemudian mula pula sukan dan permainan daerah, pertandingan2 kokuriulum dsb. Hari-hari purata 10 guru tak ada di sekolah,  about 30 %, beban relief atas guru lain, meningkat masalah disiplin…..so on and so on…..and akhirnya minta pula pencen umur 58 tahun…. HELP, HELP….Kerajaan, Kementerian, Kesatuan Guru,  MP, ADUN.. please do something before ramai guru separuh gila. Mengajar, mendidik, membangun akhlak sudah diketepikan,,,sekian ,jumpa lagi

oleh PPD yang WAJIB dihadiri walau pun hanya dengan arahan telefon . Mesyuarat panitia daerah yang begitu banyak