Selepas PMR

Bagi sekolah biasa,  kebanyakan murid terdiri dari IQ sederhana, Sebahagian kecil yang sangat pandai dan yang sangat lemah. Bagi yang pandai selepas PMR biasanya ke asrama penuh Kalau tidak pun elektif mereka ada di sekolah. Mereka mampu berjaya dalam matapelajaran sains tulin dan perakaunan. Matematik tambahan pun boleh lulus atau kepujian.

Nasib 60 peratus murid lemah selepas PMR inilah yang membimbangkan. Mereka masuk ke tingkatan 4 dan terpaksa mengambil matapelajaran yang tidak mampu mereka bawa saperti perdagangan, ekonomi asas. Mereka adalah jenis ‘hands on’ oleh itu mereka perlu  terus ambil matapelajaran vokasional. Sekolah2 Vokasional mesti dihidupkan semula, diperbanyakkan dan urustadbirnya dikemaskini. Sukatan pelajarannya mesti sentiasa berkembang mengikut keperluan semasa dan akan datang. Disinilah terletaknya modal insan teknikal yang kita perlu bangunkan. Dengan asuhan nilai agama yang mantap, merekalah yang jadi tonggak kekuatan dipelbagai aspek saperti pertanian, pemprosesan makanan dsb.

Sayang sekali, MPV yang ada disekolah sekarang amat terhad, contohnya di Selangor, Pemprosesan Makanan hanya ada di 2 buah sekolah. Akhirnya murid2 tingkatan 4 ini mula bosan, hilang motivasi dan menimbulkan pelbagai masalah disiplin.Kalaulah kita boleh adakan sekolah vokasional disetiap daerah dilengkapi  pula dengan pelbagai kenudahan sukan dan rekreasi , sudah tentu ramai anak2 kita dapat menjadi rakyat yang berguna, akan kuranglah pusat2 pemulihan dan ruang penjara