sekolah

Sejak sebelum puasa , sekolah dah lintang pukang, bukan akademiknya atau pentadbirannya tapi dengan pelbagai projek pembangunan fizikal segera yang begitu merimaskan, berdentung dentang diatas, dibawah , dikiri  dan dikanan. Kontraktor  A ketuk tandas walaupun baru saja dibaikpulih oleh sekolah ( dengan duit yang dicari sendiri oleh sekolah), kotraktor B ganti bumbung  blok 1, kontraktor C baikpulih longkang, kontrator D ganti bumbung blok 2.. kontraktor D ganti bumbung blok 3…serabut betul dengan keaaan ini, masa inilah guru nak buat ulangkaji intensif dengan murid PMR, SPM.

Sekolah  pula dibanjiri oleh pekerja2 yang ramai yang kita tak boleh pantau sebab banyak projek oleh pelbagai kontraktor. Lori keluar masuk, kren gergasi pun masuk , keselamatan murid ?…. tak kisah, kalau mati atau cedera bukan anak mereka. Bilik guru semuanya lintang pukang, sebab dah kena ketuk .Kata kontraktornya ( lain dari diatas) kena tukar tingkap cermin besar. Tak pasal2, tak mintak dan tak perlu pun. Ada keperluan lain yang lebih mendesak yang sekolah nak buat tapi tiada duit..

Guru2 bertempiaran  duduk dimerata ceruk, barang dan alatan mereka tak tahu nak cari kat mana, masa ni pula guru kena isi macam2 dokumen, borang dan sijil. Ramai yang bersila dilantai , terbongkok2 buat kerja. Selepas raya, suasana ini berterusan, SPM begitu hampir, dalam keadaan begini, semangat guru dan murid menurun dengan ketara . Kadang2 terfikir oleh kita, tak boleh  ke buat semua ni masa cuti panjang akhir tahun nanti ?? Kenapa mesti terkejar2 masa ni?

Marilah kita semua telus dan tulus melaksanakan amanah, tak kiralah kita ni perancang, pelulus atau pelaksana sebarang projek (yang menggunakan  wang rakyat), orang politik atau kakitangan kerajaan ,semuanya  mesti  taqwa dan bijak pasti banyak masalah dapat diselesaikan. Akhir kata tambah2lah ilmu agama yang ada supaya mampu memandu kita dalam semua tindakan. InsyaALLAH. Selamat Hari Raya Idilfitri, maaf Zahir Batin