Kerja Kursus Tingkatan 3

Salam, saya sangat sibuk menyiapkan kerja kursus tingkatan 3. Hari ni kelas mula kul 8.30 pagi sampai kul 1.00. Tapi tak siap juga. Banyak sangat reteaching dan retraining. Masih ada tak tahu guna sesiku L, tak kenal ragum kakak tua… tak tahu apa yang mereka buat masa tingkatan 1 dan 2 dulu. Itu belum masuk bab memasak, menjahit, elektronik dan berkebun.

Rasanya kandungan mata pelajaran ni dan juga kehendak Penilaian Kerja Kursusnya terlalu tak masuk akal. Ada yang diulang, ada yang tak releven. Kalau pindah sekolah, lagi masalah. Markah tingkatan 1 dan 2 mesti ada dengan lengkap. Kalau murid takde masalah ok le, tapi yang jenis biskut chipsmore tu memang memeningkan.

Dulu KHB ni ada gak 4 waktu, tetiba bagi kat Siviks pulak satu waktu. Lagi le tertekan. Akhirnya banyak amali yang tak dibuat. Tapi heran jugak ngan sekolah asrama penuh…. ada ke macam kami ni juga terseksanya. Dengar khabar angin, ada yang diupah kat tailor untuk jahit skirt bagi tingkatan 1… ha..ha.. gurau aje.

Bila pulak kerajaan nak bagi elaun menilai kerjakursus dan pembantu bengkel kat kami. Rasanya dah berabad janji tu dipadu. Masa Ketua Pengarahnya orang Teknik dan Vokasional dulu (Ahamad bin Sipon ke?), takde pulak dapat apa yang dijanjikan tu. Orang Sains, Maths dan English saja yang beruntung.

Sekian, nak gi beli barang rumah jap, nanti sambung………….