Recent Updates Halaman 2 Toggle Comment Threads | Kekunci Pintas

  • Cikgu Yati 6:02 PM on 21/08/2009 Pautan Kekal | Balas  

    hehehe…

    Advertisements
     
  • Cikgu Yati 8:58 AM on 08/08/2009 Pautan Kekal | Balas  

    semakin ramai rakan-rakan guru yang stress.baru sahaja reda dilandai ribut headcount, postmortem pep. pertengahan tahun ( yang hanya bertujuan membanyakkan fail ), datang pulak bulan kemerdekaan yang memerlukan pelbagai aktiviti.Dalam masa yang sama kelas tambahan, bengkel-bengkel teknik menjawab soalan, solat hajat, markah-markah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( yang semakin tak tentu arah objektif nya). Dalm pada itu pelbagai laporan perlu disiapkan seperti penyelenggaraan komputer , PPSMI, dsb.Semuanya ini menyebabkan kaum guru makin hari makin kurang bersemangat keran beban kerja yang bukan mengajar terlalu banyak..

    Tapi itu semua kita buat dan terima dengan lapang dada, setakat yang boleh. Cuma saya amat bimbang jika keadaan begini akan menjadi ‘time bomb’  yang akan meletup . Hal-hal salah laku murid semakin mencabar. Ibarat ibu tunggal memikul beban mendidik anak. Kaum bapa ( guru lelaki terlalu sedikit), maka murid lelaki tidak ada ‘father figure’.  Bagi murid yang kategori IQ, EQ dan SQ baik , agak mudah ditangani oleh guru wanita, tetapi yang agak keras dan keras memerlukan guru lelaki . Macam mana lembut pun guru lelaki tetap ada aura kelelakian yang disegani oleh murid.

    Saya juga amat bimbang jika profesion ini tidak menjadi pilihan termasuk dari kalangan anak-anak guru sendiri. Sedihnya saya………. jom pi kantin…………

     
    • rahman.ahchong,muniandy 7:09 PM on 09/08/2009 Pautan Kekal

      heheh cg,
      salam ziarah.mana leh mengeluh.anggap je kerjaya ini sebagai satu ibadah.org lelaki kureng jadi cg sebab mereka ni jenis yg kaso.sesuai utk heavy duty je.dari kecik dilatih mcm tu kerana persekitaraan di negara kita mcm tu.bila heavy duty pasti mentalnya lembab ckit.allahualam.

    • yuchuilang 12:52 AM on 21/11/2009 Pautan Kekal

      Saya setuju dengan pendapat cikgu Yati. Kerja bukan mengajar memang membebankan guru. Pegawai pendidikan yang duduk dalam pejabat berhawa dingin itu patut dihantar ke hospital mental untuk check up. Selamat bercuti dan blogging.

    • Arshad Othman 10:07 AM on 10/12/2009 Pautan Kekal

      asskum Cikgu Yati,
      salam perkenalan

      saya pernah mendengar sekektika dulu..Apa itu pekerjaan seorang GURU ….professi biasa TAPI luar biasa. Mungkin antara nya utk ‘mengurangkan’ kos seorang Guru, maka ada beberapa kerja administrasi Guru2 ini ditugaskan melakukannya oleh Jabatan Pendidikan.

      Jika kita ambil hikmahnya, kemahiran dlm administrasi ini ada baiknya. Kira Guru2 yg dah bersara, banyak kerja amal boleh dilakukan. Saperti menjadi Jwtkuasa Masjid, Kawasan tempat tinggal dan lain2 lagi. Malah Guru2 yang industrious, bersara aje membuka kelas2 tuition. Ini perlu ‘ilmu’ adminitrasi sp perundingan, perencanaan yg secara tak langsung kita dapati semasa menjadi Guru dgn melakukan ‘extra job’ . Parahnya kerja2 sebigini yg membikin Guru2 jadi stress.

      Soal kerja apa yg tak stress Cikgu Yati…petani menanam padi pun stress – membersihkan sawah dari rumput rumpai, perosak tanaman dll. Jika kita ketemu mereka ini..masih senyum lebar mereka. Amat benar, masaalah murid2 nakal di Sekolah ada yg tak terkawal. Pasti setiap sekolah ada Discipline Teacher – selectlah tak kira Guru lelaki atau perempuan yg ada ilmu pertahandiri (,judo, kuntow, silat). Tahulah nasib murid2 degil ini.

      Dalam dunia globalisasi ini, kemahiran itu penting, its a must. Begitulah pekerjaan setiap insan. Hanya apa iktikad seorang Guru. Ada guru mengajar, cukuplah anak murid tahu membaca, menulis dan lulus peperiksaan. Bulan2 dapat gaji…come a time – makan pencen.

      Saya bersekolah di Spura…masa itu Guru Bahasa Melayu saya Almarhumah Cikgu Saerah Taris(istri pada sasterawan MASURI SN). Beliau memberi kita apa paperwork – pandangan/synopsis mengenai crita si Tanggang. Bila saya menghantar paper saya…xbaik cakap bagaimana saya dihamunnya. Tip to toe saya dihentamnya. privately. Apappun saya tetap menegakkan pandangan/synopsis saya. Crita dongeng tak jadi masaalah diubah suai mengikut pemikiran zaman yg berubah.

      Paper saya…100% saya nyatakan Tanggang ANAK DERHAKA, tapi IBUnya juga ada sikitt silapnya. Kerana MARAH hilang KEIMANAN dan rasa kasih sayang Ibu melahirkan pada si anak.
      Kenapalah si Ibu ‘mendoakan’ yg kurang ariff anaknya – jadi Batu si Tanggang. POWER BETUL DOA IBU. Mungkin jika Ibu Si Tanggang, mellow dan memahami walau KERINDUAN pada anak mengugat situasi sekitaran. Alahai kira mendoakan anaknya kelak jadi Raja yg adil, bijaksana dan compassion..Pasti Tanggang akan pulang ketemui Ibunya dan menjaga kebajikkan Ibunya tanpa ketahuan umum. Akan bahagia rakyat yg diperintah.

      Anak murid akan segan dan hargai seorang Guru, kerja Guru seperitmana ibarat ibu tunggal(sedihnya) jika ada ‘extra masa’ di dlm darjah MARAH tetap MARAH. Tapi Guru2 yg mengambarkan whats lay ahead dlm hidup menerusi crita2 dongeng, sejarah dan sebagaimananya agar anak2 muridnya menjadi manusia yg berguna pada negara, bangsa dan masyarakat dunia. Inikah yg dinamakan pekerjaan GURU itu BIASA TAPI LUAR BIASA.

    • norhafieza 2:39 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      memang luar biasa cikgu yati

    • norhafieza 2:51 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      askum cikgu yati saya pernah terdengar cikgu berkata ada perompak masuk sekolah.

    • norhafieza 5:26 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      betul ke cikgu yati

  • Cikgu Yati 3:37 PM on 03/06/2009 Pautan Kekal | Balas  

    Salam, saya sangat sibuk menyiapkan kerja kursus tingkatan 3. Hari ni kelas mula kul 8.30 pagi sampai kul 1.00. Tapi tak siap juga. Banyak sangat reteaching dan retraining. Masih ada tak tahu guna sesiku L, tak kenal ragum kakak tua… tak tahu apa yang mereka buat masa tingkatan 1 dan 2 dulu. Itu belum masuk bab memasak, menjahit, elektronik dan berkebun.

    Rasanya kandungan mata pelajaran ni dan juga kehendak Penilaian Kerja Kursusnya terlalu tak masuk akal. Ada yang diulang, ada yang tak releven. Kalau pindah sekolah, lagi masalah. Markah tingkatan 1 dan 2 mesti ada dengan lengkap. Kalau murid takde masalah ok le, tapi yang jenis biskut chipsmore tu memang memeningkan.

    Dulu KHB ni ada gak 4 waktu, tetiba bagi kat Siviks pulak satu waktu. Lagi le tertekan. Akhirnya banyak amali yang tak dibuat. Tapi heran jugak ngan sekolah asrama penuh…. ada ke macam kami ni juga terseksanya. Dengar khabar angin, ada yang diupah kat tailor untuk jahit skirt bagi tingkatan 1… ha..ha.. gurau aje.

    Bila pulak kerajaan nak bagi elaun menilai kerjakursus dan pembantu bengkel kat kami. Rasanya dah berabad janji tu dipadu. Masa Ketua Pengarahnya orang Teknik dan Vokasional dulu (Ahamad bin Sipon ke?), takde pulak dapat apa yang dijanjikan tu. Orang Sains, Maths dan English saja yang beruntung.

    Sekian, nak gi beli barang rumah jap, nanti sambung………….

     
    • Cg D 8:44 AM on 04/08/2009 Pautan Kekal

      mengadu nampak…

    • norhafieza 2:40 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      jangan mengadu banyak sangat cikgu

    • ros 2:48 AM on 24/01/2012 Pautan Kekal

      redha je….dah itu pilihan kita…semoga keikhlasan mendidik membuahkan hasil

  • Cikgu Yati 6:17 PM on 19/01/2009 Pautan Kekal | Balas  

    Suasana disekolah sudah agak reda  dan mula rutin. Semenjak  Dis 08 kami sudah begitu sibuk membuat persiapan terutamanya dari aspek pengurusan dan pentadbiran.

    Saya juga adalah penyelaras keceriaan .  Sudah berbelas tahun diberi tugas itu. Merancang dan memastikan kawasan2 taman disekolah sentiasa bersih dan cantik adalah tugas yang berterusan .Bekerja dalam keadaan tidak ada peruntukan kewangan memang menyusahkan dan sering kali membuat kita kecewa, tetapi nasib baik dapat pekerja2 kontrak yag baik dan boleh dibimbing. Saya juga seorang yang amat berminat dengan tumbuhan, oleh itu saya menjadikan tugas ini sebagai therapi spiritual dan emosi diri. Tidak ramai orang yang appreciate hasil usaha kita yang berterusan tak kira cuti atau hujung minggu.Biasanya orang lebih terpesona dengan sesuatu program yang GAH dan glamour. Begitulah realiti disekolah. Ramai guru2 yang tugasnya tidak henti2 tetapi tidak diiktiraf. Di sekolah saya, guru2 yang menguruskan Koperasi dan juga guru KH (yang selalu buat repair work) termasuk dalm golongan ini.

    Paling getir ialah apabila tiba masa untuk mengagih2 kan tugas. Nak mengajar pun pilih2 kelas. Nak yang baik2 aje. Itu tak boleh ,ini tak boleh. Tak tau apa yang dia boleh. Jadi cikgu ,mestilah belajar memandu , tapi ada cikgu yang tak nak berusaha belajar  memandu. Mungkin dia rasa bahagia apabila banyak tugas boleh dibebankan keatas cikgu lain, hanya dengan alasan tak boleh bawak kereta.

    Jadi cikgu ni banyak tugas yang memerlukan kita memandu e.g mengawas dan menyelia peperiksaan PMR,SPM…….ada cikgu yang langsung tak kena walaupun dah lebih sepuluh tahun mengajar. Saya harap cikgu2 ni tidaklah terlalu pentingkan diri sendiri.

    Tahun ini lebih perit apabila sekolah tidak dibenarkan memungut wang/yuran sehingga bulan Mac. Kalau tak bagi pungut tapi beri peruntukan yang banyak tak ape gak. Cikgu pun tak perlu kutip apa2 sebab dah ada peruntukan yang mencukupi. Kerja kutip wang ni pun sangat remeh  dan banyak guna masa kita. PCG yang diberi tu cukup untuk belanja kurikulum tapi ada pula kekangan tak boleh guna untuk buat selenggaraan dan baikpulih. Alasannya tiada kena mengena dengan P and P. Baki duit pula tak boleh banyak untuk bawa ketahun depan. Akhirnya sekolah beli bukukerja yang tak digunakan semata2 kerana nak kurangkan baki . Apa salahnya jika benarkan baki itu agak banyak supaya awal tahun depan boleh belanja.

    Nampaknya panjang sangat luahan hati saya kali ini. Nanti sambung pula dengan pelbagai isu lain yang boleh kita kongsi dan fikirkan cara2 mengatasinya. Selamat membaca…………

     
    • chegu N 12:13 PM on 01/02/2009 Pautan Kekal

      Salam perkenalan cikgu,
      Saya terkesan sungguh dengan luahan cikgu memandangkan masalah ini dikongsi oleh semua guru di seluruh Malaysia. Dari pandangan saya sendiri, selalunya guru yang selalu menonjolkan diri/menggahkan kerjanya kepada pihak pentadbiran selalunya dianggap “perfect”. Padahal kebanyakan kerjanya itu dibuat oleh orang lain/pelajar sendiri. Walhal mereka yang bersengkang mata buat kerja tanpa harapkan balasan dianggap tidak buat apa-apa yang menyumbang kepada pihak sekolah. Tapi itulah cikgu, kebanyakan kita buat kerja ikhlas dan selalunya malas nak mengungkit. Yang penting, kita jalankan amanah yang diberi.

      Kekangan kewangan itu agak menyulitkan usaha kita untuk menceriakan kelas. Nasib baik pelajar-pelajar saya faham bila kita berbincang untuk mengutip duit bagi mengecat kelas, buat langsir, beli alas meja guru & pelajar dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, kalau pelajar faham, kerja kita sebagai guru pun akan dipermudahkan.

    • cikgu liza 11:35 PM on 03/02/2009 Pautan Kekal

      semoga kita sama-sama menjadi guru yang amanah menjalankan kewajipan. Insyaallah, hidup kita akan diberkati Nya…

    • psu 10:58 PM on 25/02/2009 Pautan Kekal

      sabarlah cikgu..

    • hasliza 1:27 PM on 02/03/2009 Pautan Kekal

      Assalamualaikum dan salam sejahtera….
      Kami di Bahagian Pinjaman, Perpustakaan Negara Malaysia ingin mengadakan Bengkel Puppet Show:-

      Pengendali : Mama Zakiah dr Kumpulan Kucing – kucing
      (isteri Yusof Gajah, Illustrator buku kanak- kanak)
      Tarikh : 14 hb Mac 2009 (Sabtu)
      Masa : 9.30 – 4.30 ptg
      Tempat : Teater Kanak- kanak, Aras Bawah, PNM.
      Penyertaan : Percuma/ sijil, makan & minum disediakan

      Pendedahan kepada yang berminat untuk menubuhkan kumpulan bercerita.Pendekatan yang akan dijalankan dimana anda akan dilatih untuk menjalankan aktiviti bercerita dengan menggunakan buku, lakonan, vokal dan menyanyi. Selain dari itu, anda juga akan diberi pendedahan untuk membuat boneka, props dan pentas untuk persembahan boneka. Cara pemilihan bahan untuk sesi bercerita juga akan diajar.

      Hubungi saya : Hasliza, 26871743 atau email norhasliza@pnm.my utk keterangan lanjut.
      T/K.

    • khairi 8:14 PM on 19/03/2009 Pautan Kekal

      tahniah atas komitmen ckg!

    • azikedah.blogspot.com.my 3:18 PM on 29/04/2009 Pautan Kekal

      cikgu lama tak update blog………..

    • azikedah.blogspot.com.my 3:19 PM on 29/04/2009 Pautan Kekal

      bagus juga aktiviti puppet show tu tapi saya di kedah sukar untuk menyertainya…….dulu kat kl senang le..

    • mantan 12:15 PM on 15/05/2009 Pautan Kekal

      Selamat hari guru, esok.

    • braham 1:49 AM on 23/09/2009 Pautan Kekal

      bru sy pham tugas cg slame ni..sabar ye cg,iskh,iskh..payoh gak ye jg seorg guru ni

    • mumtaz ahmad/dnooar 10:31 AM on 10/12/2009 Pautan Kekal

      Salamualaikum Cikgu Yati,

      apprpriation keuangan dlam mana jabatan is a pain in the neck.

      Saya hanya ingin mengesyorkan sahaja. Cikgu Yati minat pada tumbuh2an. Perkara ini boleh diatasi…jika Cikgu Yati menyuarakan pada anak2 murid setiap mereka membawa sepasu tanaman khusus dari rumah utk sekolah – kelas ada 30 murid..10 bawa tumbuhan bunga raya dan seterusnya.

      Mungkin berdekatan sekolah ada Plant Nursery. Biasanya plant nursery ini mereka kekurangan tapak utk pembiakan tanaman mereka. Cuba usulkan pada mereka untuk tanaman lebihan itu dipaparkan di kawasan sekolah dan sebagai tanda terima kasih, bolehlah mereka ini menandakan (jgnlah sebesar billboard di highway) minimal display. Secara tak langsung sekolah advertise utk mereka dan sama meraih fair game.

      Menyentuh penyelasaran kerja2 Guru di Sekolah…mana2 pun ini berlaku. Mungkin ada sifat ‘pilih kasih’ dlm pentadbiran Guru Besar sekolah, wallahualam. Utk Cikgu Yati menangani ini, apa projek yg dibuat simpan dlm komputer tempurong sendiri. Dari mana source dan cara CIkgu Yati menyempurnakannya…bagai trade secret.

      Curi tulang dlm perkerjaan samalah kerja pencuri dan penipu – DOSA BESAR. Saya yakin Cikgu Yati tak sedemikian prinsip. Take it a stride…lets today pass smoothly and tomorrow comes steadily.

    • norhafieza 2:45 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      salam berkenalan nama saya norhafieza boleh saya berkenalan dengan awak kalau awak sudi saya nak berkenalan awak kalau awak tak keberatan saya nak join awak boleh tak wahai kawan iaitu cikgu yati dan kawan kawan boleh tak wahai cikgu yati

    • norhafieza 2:48 PM on 08/12/2011 Pautan Kekal

      sekolah kadang kadang okey kadang2 tak okey cikgu yati

c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Balas
e
Ubah
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Batal