Tanggungjawab

Suasana disekolah sudah agak reda  dan mula rutin. Semenjak  Dis 08 kami sudah begitu sibuk membuat persiapan terutamanya dari aspek pengurusan dan pentadbiran.

Saya juga adalah penyelaras keceriaan .  Sudah berbelas tahun diberi tugas itu. Merancang dan memastikan kawasan2 taman disekolah sentiasa bersih dan cantik adalah tugas yang berterusan .Bekerja dalam keadaan tidak ada peruntukan kewangan memang menyusahkan dan sering kali membuat kita kecewa, tetapi nasib baik dapat pekerja2 kontrak yag baik dan boleh dibimbing. Saya juga seorang yang amat berminat dengan tumbuhan, oleh itu saya menjadikan tugas ini sebagai therapi spiritual dan emosi diri. Tidak ramai orang yang appreciate hasil usaha kita yang berterusan tak kira cuti atau hujung minggu.Biasanya orang lebih terpesona dengan sesuatu program yang GAH dan glamour. Begitulah realiti disekolah. Ramai guru2 yang tugasnya tidak henti2 tetapi tidak diiktiraf. Di sekolah saya, guru2 yang menguruskan Koperasi dan juga guru KH (yang selalu buat repair work) termasuk dalm golongan ini.

Paling getir ialah apabila tiba masa untuk mengagih2 kan tugas. Nak mengajar pun pilih2 kelas. Nak yang baik2 aje. Itu tak boleh ,ini tak boleh. Tak tau apa yang dia boleh. Jadi cikgu ,mestilah belajar memandu , tapi ada cikgu yang tak nak berusaha belajar  memandu. Mungkin dia rasa bahagia apabila banyak tugas boleh dibebankan keatas cikgu lain, hanya dengan alasan tak boleh bawak kereta.

Jadi cikgu ni banyak tugas yang memerlukan kita memandu e.g mengawas dan menyelia peperiksaan PMR,SPM…….ada cikgu yang langsung tak kena walaupun dah lebih sepuluh tahun mengajar. Saya harap cikgu2 ni tidaklah terlalu pentingkan diri sendiri.

Tahun ini lebih perit apabila sekolah tidak dibenarkan memungut wang/yuran sehingga bulan Mac. Kalau tak bagi pungut tapi beri peruntukan yang banyak tak ape gak. Cikgu pun tak perlu kutip apa2 sebab dah ada peruntukan yang mencukupi. Kerja kutip wang ni pun sangat remeh  dan banyak guna masa kita. PCG yang diberi tu cukup untuk belanja kurikulum tapi ada pula kekangan tak boleh guna untuk buat selenggaraan dan baikpulih. Alasannya tiada kena mengena dengan P and P. Baki duit pula tak boleh banyak untuk bawa ketahun depan. Akhirnya sekolah beli bukukerja yang tak digunakan semata2 kerana nak kurangkan baki . Apa salahnya jika benarkan baki itu agak banyak supaya awal tahun depan boleh belanja.

Nampaknya panjang sangat luahan hati saya kali ini. Nanti sambung pula dengan pelbagai isu lain yang boleh kita kongsi dan fikirkan cara2 mengatasinya. Selamat membaca…………