Seronoknya Jadi Cikgu

Hari ni seronok mengajar Siviks tingkatan 3, tajuk Jentera Pentadbiran Negara. Terpukau juga saya bila murid tanya kenapa Anwar Ibrahim tak jadi Perdana Menteri, dan kenapa Nurul Izzah tak jadi Menteri Pembangunan Wanita. Kalu cikgu buta politik memang payah nak terangkan. Tapi nasib baik boleh jawab sikit2, and make them happy. Lepas tu saya lantik semuanya jadi Menteri dan Timbalan Menteri, saya pun panggil mereka YB.

Minggu depan, semua menteri2 ni excited nak bentangkan cadangan2 mereka kat ‘parlimen’. Nanti saya akan cerita hal budak2 ni, mesti membahagiakan…isu harga minyak mesti top.