Puteri Islam

Setelah bertahun-tahun Puteri Islam ditubuhkan, banyak pembaikan boleh dibuat selain dari berkawat, terutamanya dalam aspek pembangunan modal insan yang berkesan. Apa tidaknya , ahli yang begitu ramai diseluruh negara mampu menjadi penggerak dan pembina umat yang unggul.

Perkara pertama yang perlu diubah ialah Penasihat, Penaung, Pengerusi dan ahli jawatankuasa diperingkat induk . Pembuat dasar, dan perancang pelaksanaan mestilah orang-orang yang hebat dan bekaliber dari aspek ilmu dan amalnya. Ini membolehkan ilmu dan amalan Islam yang berkesan dapat diterapkan.

Saya ingin mencadangkan agar orang -orang hebat saperti Dr. Mashitah Ibrahim, Ustazah Bahiyah, Ustzh Hayati menjadi pembuat dasar dan perancang bagi pertubuhan ini. Bagi Penaung, amat cantik dan sesuai jika kebawah Duli YMM Raja Permaisuri Agung menjadi payung kepada pertubuhan yang amat penting ini. Dengan mudanya, segak, menutup auratnya, sudah pasti anak-anak puteri boleh dibentuk menjadikan beliau sebagai role model srikandi Islam, benteng kepada gejala sosial yang begitu dahsyat yang sedang melanda kita sekarang ini.

Akhir kata ,minta juga ditubuhkan Putera Islam untuk menjadi pelengkap kepada Puteri Islam. Jika Puteri wara’ tapi puteranya hancur, kita tidak akan berjaya. Penasihat Putera, siapa agaknya, mestilah Dr. Fadzilah Kamsah, Tuah Iskandar…..yang selalu keluar kat TV tulah , kan remaja suka tengok TV?