Jualbeli rokok disekitar sekolah/pusat tuisyen

Pada suatu pagi saya dalam perjalanan ke Kota Bharu melalui Gerik. Singgah sebentar di warung roti canai berhampiran stesen bas Kuala Kangsar. Sepanjang saya duduk makan disitu ( lebih kurang 40 minit) , saya dapati gerai mamak yang menjual pelbagai barang itu dikunjungi oleh ramai murid lelaki dari sekolah  berhampiran. Mamak penjual secara menyorok-nyorok menjual rokok   secara runcit, munkin RM 1 sebatang kpd murid sekolah. Bayangkan berapa untung  yang di kaut oleh mamak ini setiap hari . Murid sekolah menggunakan wang belanja bukan untuk makan dan minum tapi beli rokok sebatang demi sebatang setiap hari. Mereka memang tidak mampu untuk beli sekotak.

Mesejnya , kerajaan hanya membenarkan rokok dijual dalam kotak yang melebihi 20 batang. Adakah ini akan mengurangkan tabiat merokok dikalangan murid/ remaja? Tidak ada pemantaun atau penguatkuasaan atas penjual rokok sebatang  ini. Saya yakin perkara yang serupa amat berleluasa di setiap kedai/ gerai yang beroperasi hampir dengan sekolah/pusat tuisyen. Diluar munkin,nampak jual air, tapi didalam lacinya ada rokok. Apakah cara kita nak membantu mencegah kemunkaran ini?. Sila beri pandangan, Terima Kasih