senario sekolah

Masalah perbelanjaan disekolah

Peraturan kewangan menghalang sekolah membeli bahan hiasan dalaman yang dianggap munasabah seperti langsir dan skirting. Masalahnya pegawai-pegawai dari kementerian/jabatan akan menegur sekolah yang tak ada langsir atau skirting. Ada kumpulan pengetua dibawa melawat beberapa sekolah menengah kerajaan di Kelantan begitu terpesona dengan ‘skirting’ dan hiasan yang ada disekolah  tersebut sehingga kerusi pun berskirt macam dihotel.

Persoalannya ialah setakat mana peraturan kewangan  membenarkan perbelanjaan hiasan dalaman ini? Alasan yang menghalang penggunaan sebahagian peruntukan untuk keceriaan atau baik pulih ialah ‘tidak berkaitan dengan P and P ‘.

Disekolah ada pelbagai jenis bilik/ bengkel yang berbeza keperluannya, Contoh, bagi makmal komputer langsir gelap adalah keperluan. Bagi bengkel KHB, baikpulih mejakerja adalah keperluan, bagi Pemprosesan Makanan , mesen basuh adalah satu keperluan. Tetapi disekolah semua ini tidak boleh guna PCG  kerana tidak berkaitan dengan p and P

. Maka Pentadbir sekolah menghadapi masalah untuk meningkatkan prasarana dan keceriaan sekolah, Mereka terpaksa mohon sana dan mohon sini. Ada yang minta melalui parti politik yang ada duit tapi ada syarat pulak ( faham-faham aje le). Bulan Oktober, setiap panitia ada  banyak  baki. Olehkerana tidak boleh bawa ketahun depan ( hanya 10 %), maka duit itu terpaksa dibelanjakan juga. Akhirnya guru diminta  beli buku rujukan dan ulangkaji , walaupun sudah ada penuh dalam almari. akhirnya jual recycle. Saya yakin jika di buat pemantauan, semua sekolah banyak membeli buku-buku yang tidak digunakan . Yang untung ialah penjual buku.

Masalah ini munkin timbul kerana mereka yang membuat peraturan kewangan tidak peka dengan keperluan sebenar disekolah-sekolah dan setiap tahun keperluan ini berubah. Diharapkan Majlis Pengetua dapat memainkan peranan untuk memberi input dan cadangan kepada pihak atasan . Jangan takut untuk bersuara. Kalau ditakdirkan anda naik pangkat,  tidak kira apa pun tetap naik pangkai. Be brave, critical, honest and caring for the sake of our children. Wassalam