suasana di sekolah

semakin ramai rakan-rakan guru yang stress.baru sahaja reda dilandai ribut headcount, postmortem pep. pertengahan tahun ( yang hanya bertujuan membanyakkan fail ), datang pulak bulan kemerdekaan yang memerlukan pelbagai aktiviti.Dalam masa yang sama kelas tambahan, bengkel-bengkel teknik menjawab soalan, solat hajat, markah-markah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( yang semakin tak tentu arah objektif nya). Dalm pada itu pelbagai laporan perlu disiapkan seperti penyelenggaraan komputer , PPSMI, dsb.Semuanya ini menyebabkan kaum guru makin hari makin kurang bersemangat keran beban kerja yang bukan mengajar terlalu banyak..

Tapi itu semua kita buat dan terima dengan lapang dada, setakat yang boleh. Cuma saya amat bimbang jika keadaan begini akan menjadi ‘time bomb’  yang akan meletup . Hal-hal salah laku murid semakin mencabar. Ibarat ibu tunggal memikul beban mendidik anak. Kaum bapa ( guru lelaki terlalu sedikit), maka murid lelaki tidak ada ‘father figure’.  Bagi murid yang kategori IQ, EQ dan SQ baik , agak mudah ditangani oleh guru wanita, tetapi yang agak keras dan keras memerlukan guru lelaki . Macam mana lembut pun guru lelaki tetap ada aura kelelakian yang disegani oleh murid.

Saya juga amat bimbang jika profesion ini tidak menjadi pilihan termasuk dari kalangan anak-anak guru sendiri. Sedihnya saya………. jom pi kantin…………