PLUS yang tidak prihatin

Kami balik dari Kelantan ke KL melalui Jeli- Kuala Kangsar selepas Hari Raya Haji. Terlalu banyak kenderaan dari Kelantan yang melalui jalan ini , tetapi semuanya bergerak lancar.Tiba di ‘RnR’ Sg Perak, keadaan mula menjadi terlalu sesak, kereta bergerak inci demi inci hingga ke tol Jelapang. Satu jam perjalanan yang amat memenatkan .Saya ingatkan ada kemalangan atau kenderaan rosak yang menyebabkan keadaan ini, rupanya sistem PLUS itu sendiri yang jadi angkara. Kenderaan yang terpaksa berhenti di tol Jelapang menyebabkan  ‘jam’, walhal kenderaan ini semua hendak keselatan. Sepatutnya PLUS membuka laluan dan kenderaan terus ke selatan. Sudahlah tersekat di tol Jelapang, tersekat pula di tol Bercham untuk ambil tiket. Pengurusan PLUS tidak peka kepada masalah ini dan sepatutnya mengambil tindakan yang proaktif. Ikutkan hati, satu sen pun saya tak halal bayar kat plus