Apa salahnya ……

Masa raya ni,saya kekadang rasa sangat sedih . bosan ,loya dan tersinggung bila ziarah rumah sedara mara, anak2 muda tak minat nak beramah mesra dan berkenal2an.Kekadanng tu anak2 kita dan anak2 buah pun dah kena jangkitan virus ni. Kenapa..?… program hiburan di semua saluran TV menyebabkan suasana raya musnah dan tidak bermakna. Anak2 muda terpaku depan TV , tak nak menyambut dan meraikan tetamu.Dah bertahun perkara ni berlaku tapi orang yang kawal media ni masih tak punya perasaan dan punyai mentaliti tak ada kelas. Masa raya2 ni (3 hari sebelum dan 3 hari selepas) tak payahlah buat program2 hiburan atau siarkan filem2 yang dikatakan hebat tu.Eloklah dipenuhi dengan program2 berbentuk informatif, rencana dan perbualan pelbagai pehak mengenai hari raya. Tunjukkan suasana hari raya disetiap keadaan didalam dan luar negara, di rumah anak yatim , di Palestin, dipelbagai kampung, mualaf dsb. Macam2 boleh difikirkan. Jangan sempitkan hanyasekitar artis.Merekakah yang kita amanahkan sebagai pembentuk peribadi insan kelas pertama?……jangan mengeluh jika anak muda kita. Merdeka dah 50 tahubrosak, tapi masih tak pandai menilai mana kaca,yang mana permata. Yang mana bawa kesyurga, yang mana bawa keneraka………