Mak teman….

orang panggil dia Wan Edah, umornya 70 lebih. Hidup dah jenuh susah. Semue kroje udah dibuatnya, dari bebudak sampai ketue.Melande bijih, noreh getah, nganyam atap rembia, mbuat kapor kulit kerang, mbuat bedak sejuk, mbuat koi, asal halal, asal dapat duit dia buat, sangat mengkagumkan. Dalam pantang dah terpaksa mengangkut air dari telaga yang jauh. Masa sahur dia bangun pukul 3 pagi, buat kerja senyap2 , numbuk sambalpun dia lapik dengan tapak kakinya, takut bising., dah siap baru kejutkan anak2. Kalau nak raya dia sibuk , buluh dah siap berlapik, kayu api dah sedia nak mako lemang. Panjut dah berisi minyak gas, carbide dah dibeli nak buat meroyam.( kadang2 dia siap mbeli mercun dan bunga api). Mujur tak ada Alqaeda kat Malaysia. Kalau ada dia memang layak jadi komander wanitanya. Dia ni betui2 usahawan, motto dia , semua benda boleh jadi duit dan boleh jadi pahala. Dia tak pronah belajo marketing atau baca ‘Blue Ocean Strategy’ , tapi dia berjaya membesarkan kami seramai 13 orang. Dia jahit kelambu sendiri guna kain berbelang2. Kat rumah, melambak selimut tampal pelbagai corak yang dijahitnya . Memang tak duduk diam. Kemahiran hidupnya tinggi. Dia tak pronah tido siang atau berborak2 macam pempuan lain kat kampung. Kadang2 saya malu kat diri sendiri sebab tak punyai sifat2 hebat ini. Kalau kita berada dalam keadaan dia tu mungkin dah lama putus asa menghadapi kesusahan hidup, tapi mak teman ni bukan sebarangan orang, keyakinan diri dan kecekalannya sungguh tinggi , Harap2 adalah hendaknya dikalangan cucu2nya yang akan mewarisi kehebatannya ini