apa salahnya….

Nak dekat raya ni mesti ramai gila kat lebuhraya PLUS. Saya congak2, dalam masa satu minggu tu juta2 masuk , maklumlah ada banyak plaza tol dari utara sampai selatan . Apa salahnya kalau PLUS bagi rakyat satu atau dua hari ‘tol=free’ day. Sekali sekala bagilah rakyat ‘happy’ tambahan pula musim raya.Tak itu pun masa tu perjalanan tak juga lancar walau pun bayar tol . Sepatutnya PLUS menyediakan satu keadaan perjalanan yang selesa, cepat dan selamat. Nak ikut jalan biasa, asyik kena saman maklumlah hadlaju 80km/jam walaupun jalan lurus , luas dan tak sibuk . Lagi dahsyat dendanya paling kurang seratus. Kadang2 rasa tension , kesal pun ada. Ikut PLUS pun bayar, ikut jalan tak PLUS pun kena bayar. Sekali2 bolehlah PLUS kurangkan laba tu , apa salahnya . Tak itu pun untung dah biliun2, bonus kakitangan pun berganda2 , kesianlah kat kami rakyat marhein ni….