sumbangan, derma, zakat, sedekah…

sekarang ni tengah rancak pelbagai pihak/ individu bagi sumbangan untuk orang miskin, warga emas, anak yatim dsb nya kerana sempena ramadan dan raya.Ini amalan yang sangat mulia, cuma sikit terkilan sebab ada pihak tertentu gunakan amalan ini untuk nampak ‘murah hati’ dan warak dimata rakyat. Sekiranyanya duit tu dari poket sendiri pun tak elok nak tunjuk2 , inikan pula duit tu kutipan zakat dari orang Islam yang terdiri dari pelbagai anutan politik. Eloklah pegawai2 diPejabat agama tu bagi ‘direct’, tak perlu ada majlis khas dimana penerima2 ni terpaksa berbaris lama2 kadang2 ada ucapan2 yang tak sedap didengar. Pegawai2 jabatan agama boleh pergi kerumah mereka untuk sampaikan sendiri sambil tu boleh tinjau keadaan mereka, jika perlu buat pemantauan dan tindakan susulan. Duit orang ramai adalah amanah . Perlu berhati2 menjaga amanah ini, jika tidak boleh jadi munafik. Pernah terjadi disatu mesjid, solat tarawih ditangguhkan sebab nak tunggu YB datang nak sampaikan zakat kepada fakir miskin. Melangutlah mereka menunggu YB yang lambat tu………..biasalah tu