isu semasa…..batik

Tahniah untuk menteri KEKWA…..idea yang ‘cemerlang’ , cadang kan batik jadi pakaian harian…..Mungkin dia tak perasan orang Melayu dah lama pakai batik sebagai pakaian harian, kain batik Kelantan, batik Ganu, batik Jawa, semutar batik , semua peringkat pakai, kat Kelantan tu lelaki pun pakai.Kalu kat Melaka tu nyonya peranakan pun pakai. Kat rumah kita dah lama pakai kaftan batik, baju kelawar batik…. tapi bukanlah yang harga ratus2.Seperah dan cadar batik pun kami selalu guna. Underware aje yang tak batik. Sebab tu kita kata idea ni ‘ brilliant’ !

Bagi cikgu kat sekolah kerajaan ,setiap 1 dan 15 haribulan memang pakai batik, tapi kadang2 kena tegur kalau batiknya bukan yang jacquard atau sutera yang harga ratus2 tu. Pada saya batik ni ialah CORAK, kalau nak pakai kain batik sarung dengan baju kurung pun kira batik juga .Batik ela ke, batik cop ke tak kisah.Kadang2 yang mahal tu tak praktikal untuk bawa mengajar sebab ia tak lasak, nak mantain pun susah. Kalau nak gi dinner tu ok. Cikgu lelaki yang pakai batik canting tu lagi nampak tak sesuai utk mengajar, macam nak gi kenduri kawin , nak gi pesta atau nak sambut menteri. Saya cadangkan kementerian tempah batik khas yang CORAK dan jenis FABRIKnya lebih sesuai dengan kerjaya cikgu. Corak kecil2, tak berkilat , macam yang dipakai oleh kakitangan hotel atau macam pramugari SIA. Kalau nak patriotik lagi uniform murid pun boleh tukar kepada batik. Cepat buat proposal, ini peluang dapat projek yang jamin untung. Kalu boleh bagi kontrek ni kat Yayasan Guru Malaysia….adios!