pemasaran

saya baru balik dari kampung mertua di Kelantan. Disana sedang musim buah dimana boleh dikatakan setiap pokok rambutan, duku, dokong, manggis, cempedak berbuah.Dah tak laku, nak ambil dari pokok pun tak mahu sebab tak ada harga. Dokong kat kampung 60 sen sekilo kalau panjat sendiri, kalau peraih panjat 40 sen sekilo. Kesian kat orang kampung tak dapat hasil. Saya terfikir tentang FAMA sebab ini agensi pemasaran produk pertanian yang sudah begitu lama diwujudkan untuk membantu pemasaran, tapi nampaknya tidak berfungsi, ada bangsal ditepi jalan yg berlogo FAMA, kalau setakat nak jual tepi jalan, pak Su kat kampung pun boleh buat. Tapi bila kita duduk kat hotel, tak ada pulak di hidangkan dengan buah2 ini, hanya tembikai, betik saja yang ada, tak nak hidang kat pelancung ke? FAMA mesti fikirkan kaedah untuk memasarkan buah-buahan ini ke seluruh Msia dan keluar negara. Kena buat kilang buat jem rambutan yang jauh lebih sedap dari jem strawberi. Kena buat alatan yang sesuai, untuk proses, MARDI atau agensi yang lain mesti lebih berfungsi. Saya perhatikan Pejabat2 pertanian didaerah2 semuanya lesu, hidup segan mati tak mahu. Ada yang dah jadi ejen insuran. Pegawai2 pertanian mesti datang kesekolah2 untuk bagi ceramah pada murid tingkatan 3 dan 5, buat presentation yang menarik, paparkan bagaimana bidang pertanian boleh menjadikan kita kaya. Tunjukkan gambar2 yang menarik, contoh usahawan tani yang berjaya, dedahkan bantuan dan peluang yang ada, barulah anak2 muda minat untuk menceburi bidang ini. Marilah kita bangun dari lena wahai orang2 yang diberi amanah , jangan leka kat pejabat, turun padang., Bangunkan anak2 muda kita, bimbing mereka. Sempena 50 tahun merdeka ni, jangan masih dibuai mimpi……….