seronoknya jadi cikgu……

sampai sekolah jam 7 pagi. gi ofis punch kehadiran sambil tengok list cikgu keluar….. ada 6 orang pelbagai tugasan resmi , tak masuk yang MC, pelbagai kursus , bawa murid utk pertandingan , 10 orang tak ada tu kira normal… alamat banyak dapat relief la hari ni. Turun bawah utk check tugasan cleaners dan tukang kebun, guru bertugas dah mula melaung kat murid supaya berkumpul, yang baik2 tu senang aje, sekali cakap dah setel, tapi yang masih berlonggok kat bawah pokok, diluar pagar, kat warong masih tak kisah, sebok cerita hal masing2 teruatamanya jika malam tadi ada konsert (kat KL ni banyak hiburan2 macam ni, yang diwar-warkan kat tv dan juga yang bersepah kat merata ceruk setiap malam). Cikgu disiplin tu saya rasa kena ambil insuran nyawa. hari2 nak uruskan masalah disiplin, tension, sedih, marah,kecewa, semua ada. Dalam kelas jangan harap dapat mengajar dengan tenang , ada saja gangguan dan deraan dari murid2 yang biadap, malas dan tak nak belajar.Hari 2 mesti suruh sapu kelas, itu pun susah, ada member tu dah nak pencen, cikgu pempuan , guru kanan lagi ,terpaksa ambil penyapu sapu lantai depan murid yang tak pun rasa bersalah, malahan tengok saja macam cikgu tu babu dia.Kena maki hamun dengan kata2 ‘ pergi mampus.., b*** dan sebagainya . tu dah jadi biasa, jika cuba menegur murid2 yang macam ni. Apa tindakan sekolah ? Setakat merekodkan salahlaku, kaunseling, nasihat, panggil ibubapa.Tapi kecewa betul sebab bukan boleh ambil tindakan yang tegas, habis tegas panggil parents . Ada bapa yang kata anaknya baik kat rumah, tidor pun dengan mak lagi, belikan handset seribu lebih sebab sayang…. haa tu lah problemnya. Anak terus buli ibu bapa , kat sekolah buli orang lain termasuk cikgu, nak buang sekolah bukan senang, kalau result jatuh, cikgu yang kena.Murid macam ni selalu ponteng, kerjakursus tak siap, cikgu kena lagi. Itu baru masalah dengan murid , datang pulak macam2 arahan dari pelbagai pehak atasan untuk laksana macam2 benda, program itu dan ini yang kebanyakannya membazir masa, tak capai matlamat, tapi mesti buat secara hebat, ada perasmian, ada jamuan, hiasan sana hiasan sini, semua cikgu kena buat. Datang pulak arahan nak maklumat itu dan ini , yang sepatutnya dah ada dalam rekod sebab sekarang dah ICT, buat online pun boleh. Datang pulak kerja2 jaga bilik, jaga macam2 alatan, terutamanya komputer untuk maths and science, kena buat kerja cari duit PIBG ….cikgu juga , parents tak terlibat sangat .kadang2 arahan tu datang dalam masa 24 jam tak ada surat pun. cikgu pun kelam kabut . kena pergi juga .Tak tahu lah kenapa kita jadi begini. Agaknya banyak sangat pehak yang nak mengambil kesempatan disekolah untuk cari kedudukan atau nak tonjolkan diri, memang senang arahkan saja pacal2 cikgu dan murid kat sekolah, tak banyak soal. Tu lah cikgu2 kat sana tu, kalau kita tak bersuara siapa kah yang akan bela kita? Akhir kalam mengajarlah baik2 jangan pikir nak pencen atau nak berhenti, nanti tak makan anak isteri.Ingatlah dalam tekanan ada keberkatan .Bersabar dan seronok2kan diri anda…..