Pakaian Seragam Sekolah

Warna putih memang tak sesuai terutama bagi murid perempuan. Rasionalnya , nampak jarang , kalau kotor mudah dilihat ( staining masa period). Jadi satu masalah pula untuk menegur dan memantau baju jarang ini kerana nampak pakaian dalam. Lebih baik tukar kewarna yang agak gelap seperti kelabu muda atau perang lembut. Uniform lain boleh dikuatkuasakan menggunakan warna-warna lain seperti uniform pengawas, pengawas koperasi , pengawas pusat sumber dan sebagainya, tapi mengapa tak boleh tukar warna putih uniform ini.

Juga kasut boleh tukar kepada kasut PVC warna hitam. Senang mantain, tak perlu basuh kerapkali , tidak mudah bertahi lalat dan lebih murah dari kasut kanvas . Kalau kena hujan , boleh lap dan pakai semula. Mengapa masih nak kasut kanvas. Adakah kerana tradisi atau klasik? Kemajuan teknologi bahan sudah banyak menghasilkan pelbagai bahan baru yang lebih baik dari kanvas, tapi kita masih tak mahu berubah paradigma. Banyak masalah boleh diatasi kalau guna kasut PVC. Lagi pun kasut warna hitam tak mudah nampak comot. Guru dan pengawas tak perlu buang masa nak check kasut, kadang boleh timbul permusuhan antara murid dengan pengawas kerana kasut dan baju jarang.