Masjid oh Masjid

Fasal masjid ni sensitif sikit, tapi rasanya kena bagi pendapat juga, tambahan pulak, baru2 ni ada orang yang nak bawa pak imam tengok kebersihan tandas2 hotel supaya pak imam ni boleh contohi. Memang tandas masjid dan surau kotor terutamanya yang disinggahi musafir yang balik kampung dimusim perayaan. Pampers anak, tuala wanita, pembungkus makanan dan segala maknike ditinggalkan di masjid dan surau, agaknya nak suruh pak imam dan ajk masjid kampung tu bersihkan. Pernah masjid kampung Mercang dekat Kuala Lipis, menyediakan beg plastik untuk bubuh pampers anak tapi tak digunakan. Saya simpati betul dengan kariah disitu.

So what can we do?

Mula2 kita overhaul pengurusan dan pentadbiran masjid. Macam kat hotel tulah. Ada jawatan2 tetap ,bergaji tetap dan berpencen. Ada Pengurus dan pelbagai pegawai termasuk PAR dan tukang cuci. Ada ofis, bilik mesyuarat, komputer lengkap semuanya. Jangan ambil POP (persatuan orang pencen) tapi ambil graduan2 didikan agama yang ramai mengganggur sekarang. Beri mereka kursus sosiologi, psikologi, BTN, IT, Pengurusan , kaunseling dan sebagainya. Untuk gaji , kita boleh gunakan duit zakat yang banyak tu ( fi sabilillah).

Biar mereka kerja sepenuh masa, membangunkan pelbagai program dan aktiviti sesuai untuk remaja, ibu tunggal, mat rempit, wanita dan semua lapisan masyarakat. Barulah boleh membantu mengatasi pelbagai masalah sosial. Mereka boleh pantau dan bantu setiap keluarga dalam kariah mereka. Tak perlu ada program ‘Bersama Mu” kat TV tu sebab masalah sudah dikesan dan dibantu. Remaja pun akan mesra masjid kalau yang mengurus program tu orang muda, bukan orang 2 tua yang suka membebel dan syok sendiri, bercerita kisah silam mereka. Setiap ahli kariah dan keluarga ada fail nya kat masjid, pegawai boleh buat lawatan ke rumah-rumah yang ada problem. Ibubapa boleh rujuk kepada pegawai kaunseling yang ada kat masjid tu. Masalah anak, rumahtangga , semuanya boleh dibantu oleh masjid. Dengan cara ini baru boleh hidupkan masjid dan banyak masalah boleh selesai.

Cikgu macam saya pun kurang masalah disiplin kat sekolah, boleh fokus untuk mengajar bukan mengejar murid. Sama-samalah kita membangunkan modal insan yang gemilang dunia akhirat, wassalam.