HARI GURU

Memang begitu lama tidak menulis, ada masalah teknikal. Hari ni nampaknya dah ok. Selamat Hari Guru kepada cikgu Intan, cikgu Lee cikgu Jef dan ramai lagi cikgu-cikgu yang hebat-hebat. Kita kena tonjolkan kerjaya cikgu terutamanya kpd anak2 dan murid2 kita. Nanti tak ada orang nak jadi cikgu sebab cikgu ( pensyarah, pegawai2 pelajaran) pun malu2 nak suruh anak jadi cikgu. Kalau anak jadi engineer tu, bangga cerita kat orang tapi kalau jadi cikgu ada tambah ‘aje’. Pengetua, guru besar pun kalau berucap depan murid tak pernah promo kerjaya cikgu, asyik2 doktor, engineer , loyar…

Jadi pada hari guru yang lalu sebenarnya saya sedih mendengar berita cikgu Anizah yang meninggal di Sarawak tu. Belum pun dapat gaji pertamanya sudah meninggalkan kita. Apa nak buat, tak pergi posting, disuruh berhenti, apa pilihan yang ada. Saudara mara pun tak ada yang berkabel’. Itulah sistem yang ada. Nak buat camne. Tapi supaya perkara macam ni tak berulang, saya minta sangat2 pihak yang berkuasa dan yang diberi kuasa supaya mengambil ramai guru pelatih dari Sabah dan Sarawak dan longgarkan syarat2 bagi mereka untuk jadi cikgu, tapi wajibkan mereka berkhidmat di negeri sendiri. Tak perlu hantar orang macam cikgu Anizah, kecuali kebandar2 besar yang terjamin keselamatan. Hanya orang tempatan faham budaya mereka. Usahkan cikgu, polis yang muda2 pun ada yang terkorban.

Saya sungguh terkilan. Itulah budaya kita, dah terantuk banyak kali pun tak terngadah juga. Cakap fasal hal cikgu ni tak habis-habis, tapi saya akan cuba juga mengupas dan menganalisa seadil mungkin untuk kita jadikan panduan. Tapi itulah kita sekadar cikgu, sampai sekarang tidak lagi ada martabat. Majlis pengetua mungkin boleh mainkan peranan, tapi cakap banyak pun tak boleh, pemikiran kreatif dan kritis hanya untuk pembentangan diseminar atau kursus bukan untuk dipraktikkan.

Akhir kalam untuk semua cikgu, banyakkan bersabar, jangan tension dan kita bernasib baik tak tinggal di Timbuktu, Mogadishu atau dizaman batu. Begitulah kata-kata hikmat yang selalu diberitahu kepada kita supaya kita ni rasa terhutang budi dan tunduk malu. Anugerah Tokoh Guru pun tak ada ape yang nak direbutkan. Kalau saya, semua cikgu, askar, polis dan jururawat saya bagi lot kampung tersusun dinegeri pilihan masing2 secara percuma sebagai menghargai jasa mereka (maklumlah ‘government SERVANTS’). Masa zaman orang putih dulu, polis SC pun dapat tanah…