ALLAH selamat Rajaku …

Seminggu dua ni teman bangga bebeno. Apa tak nya Raja teman dah sampai jodoh. Alhamdulillah, kalau tidak, riso aje takut rogi warisan intelek dan DNA yang hebat-hebat tu mati benih. Lagi pun kawin tu sunnah nabi, siapa tak ikut, nabi tak ngaku umat. Naye aje.

Lagi bangga, bila kebawah Duli kenduri pakai duit sendiri. Ini baru selari dengan Pelan Integriti yang gah disembang dan diseminarkan tapi tak diamalkan oleh pehak yang patut mengamalkannya. Itu yang teman beso hati tu. Tak boleh cerita, rasa nak pegi nengok sendiri kenduri deme kat kuale tapi nak buat macam mane mase tak ade, gaji pun dah cupui, tol pulak faham-faham ajele.

Akhir kalam teman nadah tangan, Ya Allah , jadikan kebawah Duli pelindung kpd agame kami, selamatkan dia dan semua orang yang dia sayang dunia akhirat, ramaikan zuriat yang ‘lil muttaqinaimama’ bebeno tu, bukan memain. Salam kat orang Kuale, lebih-lebih lagi cikgu -cikgu dan anak murid teman kat Clifford 1990 sampai 1994. The Ship Is More Than the Crew