Isu Ponteng dan Lewat ke Sekolah
Setiap hari, paling kurang 20 murid lambat sampai, yang tak hadir pun hampir sama ramai. Kalau hari Isnin lagi teruk. Guru disiplin dan pengawas terpaksa habiskan masa kira-kira setengah jam untuk uruskan hal mereka yang lambat ini, isi borang, denda kutip sampah, bersoal jawab dsb. Fenomena harian ini amat merunsingkan.
Sekolah saya ini dipinggir bandar KL, dalam kawasan perumahan, yang terlibat hari-hari adalah murid yang sama, rumah dekat dengan sekolah. Bila ditanya, rata-rata memberi alasan bangun lewat. Mengapa? Tidur lewat, pukul satu dua pagi tu biasalah. Lelaki, perempuan sama aje.
Ape mereka buat?
Main game komputer (dalam rumah), tengok VCD, lepak kat luar dengan kawan-kawan, jamming, kalau hujung minggu tengok konsert hiburan dan ada juga yang kerja malam (seorang dua). Heran juga, kat rumah tu memang salah ibu bapa, tapi yang lepak kat gerai, pergi konsert dan pusat hiburan tu, nak salahkan siapa. Remaja ni bukan budak kecil, mereka ni dah bukan kawalan ibu bapa 100 %.
Mereka mudah lepak sebab ada tempat untuk mereka dan seronok pulak tu. Kedai /gerai makan yang dibuka hingga dinihari, pusat hiburan sampai lewat malam. Ada TV besar. Jumpa member yang dah dewasa dan dah bekerja. Seronok dapat peluang dengar pelbagai cerita termasuk yang XXX, boleh merokok dan dalam keadaan ini mereka mudah jadi mangsa pelbagai ejen spt dadah, rokok, arak, CD lucah, bapak ayam, curi motor, ragut, rempit, GRO yalah cara nak dapat duit dengan mudah, seronok pulak…….gerun saya memikirkan.
Cuma hairan betul, adakah perut manusia ini sesuai dijamu tengah malam. Perlu apa buka kedai makan lewat malam. Sebab tu masalah kesihatan pun bertambah. Makan bukan pada masanya. Perlukah peniaga diberi kebenaran buka hingga awal pagi. Malam, Tuhan buat untuk rehat, tidur, isi rohani dengan ibadat bukan untuk isi perut. Pukul 10 malam patut tutup. Ada pula kedai tujuh sebelas tu merata ceruk, buka 24 jam, jual benda pelik2 yang hanya sesuai untuk orang dah nikah. Semua ni menyusahkan ibu bapa, takkan polis nak ronda, banyak kerja lain. Lagi pun mereka nak tidur juga. Ibu bapa letih kerja cari rezeki seharian, takkan nak berjaga tunggu anak balik dinihari atau nak pergi serbu anak yang tengah lepak entah dimana.
Rasanya ditempat -tempat beginilah bermulanya murid sekolah jadi rosak. Pihak berkuasa (yang ada kuasa) bagi lesen atau permit tu perlu timbang balik, perlukah kita ada banyak premis perniagaan yang buka tengah malam/24 jam. Kalau klinik tu tak apelah. Jadi murid yang selalu lambat dan ponteng ni akhirnya nak jadi macam mana.
Cikgu nasihat, beri kaunseling. Ibu bapa penat nasihat anak, akhirnya menjeruk hati dan tambah stress. Orang mesjid ke, orang PIBG ke, semua tak berkesan. Umpama mencuci ‘kain’ dengan pelbagai detergen, bila dijemur kembali kotor kerana ‘udaranya’ kotor. Siapakah yang bertanggungjawab membersihkan ‘udara’ yang kotor ini?
Saya setuju benar dengan pendapat pegawai polis (tak ingat nama rasanya Christopher Wan) yang menyarankan supaya kita kembali kepada budaya tidur mengikut fitrah, dan saya ingin menambah -masa makan pun ikut fitrah…….. jangan makan tengah malam kecuali bersahur untuk puasa, itu pun kat rumah.
SIDUGONG 12:39 AM on 13/02/2007 Pautan Kekal
selamat pagi cikgu.
Hakim Dirani 10:33 AM on 20/02/2007 Pautan Kekal
Subhanallah cabaran guru memang besar.
Salam ziarah dan ukhuwwah.
pakteh 4:07 AM on 24/02/2007 Pautan Kekal
Cabaran pendidik zaman sekarang semakin getir sebab:
1. Budak sudah tahu hak asasi.
2. Undang-undang menyalahkan pihak yang menghukum budak terutamanya ibu bapa.
3. Mak bapak tidak mendidik dengan disiplin dan ajaran agama yang tebal. Mak bapak sendiri pun jahil.
Banyak lagi sebenarnya… tak cukup masa nak taip.
Cikgu Lee 9:28 AM on 14/03/2007 Pautan Kekal
Syabas Cikgu Yati kerana tampil ke hadapan untuk berkongsi pendapat. Tentunya pengalaman menulis akan menjadikan kita lebih memahami dan menghayati apa yang kita hadapi. Teruskan
jerangkung 10:57 AM on 14/03/2007 Pautan Kekal
tiba-tiba teringat kenangan silam. berdiri di tengah padang bola dari seawal waktu pertama sehingga waktu rehat sebatang kara dengan menjujung kad manila yang tertera tertulis “Saya datang lewat hari ini”…alahai pengalaman yang pahit tapi manisnya kenagan…..
neeziee 3:25 AM on 24/05/2007 Pautan Kekal
huhu mencabar wo jadi cikgu…
aku tak nak jadi cikgu..hehe.
Aishah 7:48 AM on 08/08/2007 Pautan Kekal
Sedih sbb hari ni baru dpt tahu anak dah lama ponteng dan hampir dibuang sekolah. Solutionnya, saya kena htr dia kesekolah tiap2 hari mcm budak darjah 1 utk pastikan dia sekurang2nya tamat tingkatan 5. Harapan utk lulus SPM memang tak ada sbb dia tak pernah buka buku wkt dirumah. Harapan sy cuma dia bersabar smpi hujung tahun ni. Itupun susah nak ditunaikan wpun sy merayu dgn linangan airmata.
norhafieza 3:47 PM on 09/12/2011 Pautan Kekal
saya suka ponteng sekolah cikgu .
norhafieza 3:47 PM on 09/12/2011 Pautan Kekal
saya suka saya suka