Satu Hari Kat KB…

Pagi tu sarapan kat hoover lepas tu pegi shopping kat Pengk. Kubur. Balik KB dah gabra sebab duit dah habis. Dalam bank tak boleh ambil nanti lari bajet, tapi ada lagi barang nak dibeli. Nasib baik ada bawa barang kemas. Terus pergi Arrahan KB kat hotel Temenggung. Punya lah senang dan efisien, terus dapat RM1000, riba free. 6 bulan lagi baru tebus. Kat situ ramai peniaga wanita datang untuk dapatkan modal seribu dua. Patutlah mereka simpan brg kemas, itu modal dia. Tak perlu cari Ah Long., tak dapat dosa riba, tak perlu susah2 buat kertas kerja (kalau nak pinjam bank) pendek kata hassle free, no red tape.

Bertuahnya peniaga ni, ada sistem Arrahan. Kabarnya dah berbelas tahun dan banyak cawangan pulak tu. Kat Wakaf Che Yeh pun ada (pasar borong) cuma kat situ tak ada ATM, susah sikit nak ambil duit. Saya rasa sistem Arrahan kat Kelantan ni patut jadi contoh kat negeri lain kalau nak atasi masalah Ah Long dan juga nak majukan peniaga kecil. Tak kira bangsa apa pun.

Saya nak syorkan bila kahwin, pengantin perempuan pastikan dapat MAS kahwin, boleh simpan untuk keperluan.Kalau dapat wang hantaran tu cepat2 beli mas supaya wanita ada aset yang tak susut nilai, bila perlu boleh gadai kat Arrahan.

Peniaga Wanita di Kelantan

Cikgu Yati