orang panggil dia Wan Edah, umornya 70 lebih. Hidup dah jenuh susah. Semue kroje udah dibuatnya, dari bebudak sampai ketue.Melande bijih, noreh getah, nganyam atap rembia, mbuat kapor kulit kerang, mbuat bedak sejuk, mbuat koi, asal halal, asal dapat duit dia buat, sangat mengkagumkan. Dalam pantang dah terpaksa mengangkut air dari telaga yang jauh. Masa sahur dia bangun pukul 3 pagi, buat kerja senyap2 , numbuk sambalpun dia lapik dengan tapak kakinya, takut bising., dah siap baru kejutkan anak2. Kalau nak raya dia sibuk , buluh dah siap berlapik, kayu api dah sedia nak mako lemang. Panjut dah berisi minyak gas, carbide dah dibeli nak buat meroyam.( kadang2 dia siap mbeli mercun dan bunga api). Mujur tak ada Alqaeda kat Malaysia. Kalau ada dia memang layak jadi komander wanitanya. Dia ni betui2 usahawan, motto dia , semua benda boleh jadi duit dan boleh jadi pahala. Dia tak pronah belajo marketing atau baca ‘Blue Ocean Strategy’ , tapi dia berjaya membesarkan kami seramai 13 orang. Dia jahit kelambu sendiri guna kain berbelang2. Kat rumah, melambak selimut tampal pelbagai corak yang dijahitnya . Memang tak duduk diam. Kemahiran hidupnya tinggi. Dia tak pronah tido siang atau berborak2 macam pempuan lain kat kampung. Kadang2 saya malu kat diri sendiri sebab tak punyai sifat2 hebat ini. Kalau kita berada dalam keadaan dia tu mungkin dah lama putus asa menghadapi kesusahan hidup, tapi mak teman ni bukan sebarangan orang, keyakinan diri dan kecekalannya sungguh tinggi , Harap2 adalah hendaknya dikalangan cucu2nya yang akan mewarisi kehebatannya ini
Updates from September, 2007 Hide threads | Kekunci Pintas
-
Cikgu Yati
-
Cikgu Yati
Seminggu dua ni teman bangga bebeno. Apa tak nya Raja teman dah sampai jodoh. Alhamdulillah, kalau tidak, riso aje takut rogi warisan intelek dan DNA yang hebat-hebat tu mati benih. Lagi pun kawin tu sunnah nabi, siapa tak ikut, nabi tak ngaku umat. Naye aje.Lagi bangga, bila kebawah Duli kenduri pakai duit sendiri. Ini baru selari dengan Pelan Integriti yang gah disembang dan diseminarkan tapi tak diamalkan oleh pehak yang patut mengamalkannya. Itu yang teman beso hati tu. Tak boleh cerita, rasa nak pegi nengok sendiri kenduri deme kat kuale tapi nak buat macam mane mase tak ade, gaji pun dah cupui, tol pulak faham-faham ajele.
Akhir kalam teman nadah tangan, Ya Allah , jadikan kebawah Duli pelindung kpd agame kami, selamatkan dia dan semua orang yang dia sayang dunia akhirat, ramaikan zuriat yang ‘lil muttaqinaimama’ bebeno tu, bukan memain. Salam kat orang Kuale, lebih-lebih lagi cikgu -cikgu dan anak murid teman kat Clifford 1990 sampai 1994. The Ship Is More Than the Crew
-
nong
syabas teman ucapkan, betapa bestnya blog kakak teman ni. yg bestnya cerite pasai raje kite le.teman rase nak sangat hadiahkan diye koi bako yg teman memang expert buat. semoga allah panjangkan umurnye.kepada kakak teman ni, banyakkan le lagi menulis. teman akan sentiase bace.tambahle lagi tajuk yg lain. pasai kebun atau cerita kambing.jumpe lagi ye.
-
faisal
kenduri pak lah tak highligt ke? heheheh
-
cikgu yati
kenduri Pak Lah?… alamak dah lama tak duduk depan komp, anyway selamat sejahtera lah pengantin baru. Tahniah, cuma kita kena faham bahawa isteri umpama pakaian kepada suami, begitu juga sebaliknya. Pandai2 lah suami membimbing isteri, kalau malas sembahyang ajar dan ajak lah solat.kalau nak ikut contoh kepimpinan alGhazali atau imaam Syafie tu sangat baik, moga2 selamat dunia akhirat..ameen
-
Nur Amirah Shaharom 5:46 AM on 28/09/2007 Pautan Kekal
Opah saya hebat!
E,D,A 2:03 AM on 17/04/2008 Pautan Kekal
assalamualaikum… kmi dari smktsr ingin mendapatkan tip bagaiman kmi tidak malas
E,D,A 2:04 AM on 17/04/2008 Pautan Kekal
assalamualaikum… kmi dari smktsr ingin mendapatkan tips bagaimana kmi tidak malas belajar
Mr Am 1:26 AM on 08/05/2008 Pautan Kekal
Kagum ngan Mak cikgu Yati..