Updates from Jun, 2008 Hide threads | Kekunci Pintas

  • Cikgu Yati 1:08 PM on 19/06/2008 Pautan Kekal | Balas

    Bagi sekolah biasa,  kebanyakan murid terdiri dari IQ sederhana, Sebahagian kecil yang sangat pandai dan yang sangat lemah. Bagi yang pandai selepas PMR biasanya ke asrama penuh Kalau tidak pun elektif mereka ada di sekolah. Mereka mampu berjaya dalam matapelajaran sains tulin dan perakaunan. Matematik tambahan pun boleh lulus atau kepujian.

    Nasib 60 peratus murid lemah selepas PMR inilah yang membimbangkan. Mereka masuk ke tingkatan 4 dan terpaksa mengambil matapelajaran yang tidak mampu mereka bawa saperti perdagangan, ekonomi asas. Mereka adalah jenis ‘hands on’ oleh itu mereka perlu  terus ambil matapelajaran vokasional. Sekolah2 Vokasional mesti dihidupkan semula, diperbanyakkan dan urustadbirnya dikemaskini. Sukatan pelajarannya mesti sentiasa berkembang mengikut keperluan semasa dan akan datang. Disinilah terletaknya modal insan teknikal yang kita perlu bangunkan. Dengan asuhan nilai agama yang mantap, merekalah yang jadi tonggak kekuatan dipelbagai aspek saperti pertanian, pemprosesan makanan dsb.

    Sayang sekali, MPV yang ada disekolah sekarang amat terhad, contohnya di Selangor, Pemprosesan Makanan hanya ada di 2 buah sekolah. Akhirnya murid2 tingkatan 4 ini mula bosan, hilang motivasi dan menimbulkan pelbagai masalah disiplin.Kalaulah kita boleh adakan sekolah vokasional disetiap daerah dilengkapi  pula dengan pelbagai kenudahan sukan dan rekreasi , sudah tentu ramai anak2 kita dapat menjadi rakyat yang berguna, akan kuranglah pusat2 pemulihan dan ruang penjara

     
    • cikgu wahab 9:39 AM on 01/08/2008 Pautan Kekal

      Assalamualaikum Cikgu Yati,
      Bukan sahaja murid-murid tingkatan 4 ini mula bosan, tapi lebih malang lagi ada segelintir guru juga turut bosan nak mengajar murid-murid ni…..

      Saya nak paste URL cikgu yati di blog saya, boleh ye ?

      Terima kasih.

    • perak mb 12:45 PM on 12/10/2008 Pautan Kekal

      salam..!!
      cekgu yati…!!
      haha3…!!
      kenai x…??
      hahaha5…!!

    • Sepajo 11:03 AM on 13/10/2008 Pautan Kekal

      KPM patut menyediakan suatu sukatan pelajaran khusus untuk pelajar tingkatan 3 selepas mereka menduduki peperiksaan PMR. Kandungannya perlu menjurus ke arah menyediakan pelajar untuk peringkat seterusnya dalam sistem pendidikan. Pelajar perlu dibimbing supaya mereka dapat memilih aliran pengajian yang sesuai di tingkatan 4. Budaya datang sekolah untuk aktiviti selepas PMR yang tidak berfaedah dan membuang masa patut dihapuskan. Tekankan kepada pelajar belajar bukan untuk peperiksaan semata-mata.

    • cikgu suhaila 3:51 AM on 16/10/2008 Pautan Kekal

      alhamdulillah tahun ini dasar pendidikan teknik telah diubah kepada 20/80. 80 adalah vokasional dan kemahiran dan 20 teknikal. Diharap dengan perubahan ini dapatlah kita menghantar pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik ni. Harap sangat peluang yang kita bagi dekat dia orang ni tak di salahgunakan. Coz ada pelajar yang niatnya cuma nak alih angin. Bukan nak belajar sangatpun

    • cikgu faradisa 11:59 PM on 16/05/2009 Pautan Kekal

      salam…
      selamat hari guru…
      cikgu, sy mahu minta tlg sekiranya cikgu ade sukatan pelajaran & sukatan pelajaran perdagangan…kerjasama cikgu diucapkn jutaan terima kasih…

  • Cikgu Yati 5:32 AM on 20/05/2007 Pautan Kekal | Balas

    Fasal masjid ni sensitif sikit, tapi rasanya kena bagi pendapat juga, tambahan pulak, baru2 ni ada orang yang nak bawa pak imam tengok kebersihan tandas2 hotel supaya pak imam ni boleh contohi. Memang tandas masjid dan surau kotor terutamanya yang disinggahi musafir yang balik kampung dimusim perayaan. Pampers anak, tuala wanita, pembungkus makanan dan segala maknike ditinggalkan di masjid dan surau, agaknya nak suruh pak imam dan ajk masjid kampung tu bersihkan. Pernah masjid kampung Mercang dekat Kuala Lipis, menyediakan beg plastik untuk bubuh pampers anak tapi tak digunakan. Saya simpati betul dengan kariah disitu.

    So what can we do?

    Mula2 kita overhaul pengurusan dan pentadbiran masjid. Macam kat hotel tulah. Ada jawatan2 tetap ,bergaji tetap dan berpencen. Ada Pengurus dan pelbagai pegawai termasuk PAR dan tukang cuci. Ada ofis, bilik mesyuarat, komputer lengkap semuanya. Jangan ambil POP (persatuan orang pencen) tapi ambil graduan2 didikan agama yang ramai mengganggur sekarang. Beri mereka kursus sosiologi, psikologi, BTN, IT, Pengurusan , kaunseling dan sebagainya. Untuk gaji , kita boleh gunakan duit zakat yang banyak tu ( fi sabilillah).

    Biar mereka kerja sepenuh masa, membangunkan pelbagai program dan aktiviti sesuai untuk remaja, ibu tunggal, mat rempit, wanita dan semua lapisan masyarakat. Barulah boleh membantu mengatasi pelbagai masalah sosial. Mereka boleh pantau dan bantu setiap keluarga dalam kariah mereka. Tak perlu ada program ‘Bersama Mu” kat TV tu sebab masalah sudah dikesan dan dibantu. Remaja pun akan mesra masjid kalau yang mengurus program tu orang muda, bukan orang 2 tua yang suka membebel dan syok sendiri, bercerita kisah silam mereka. Setiap ahli kariah dan keluarga ada fail nya kat masjid, pegawai boleh buat lawatan ke rumah-rumah yang ada problem. Ibubapa boleh rujuk kepada pegawai kaunseling yang ada kat masjid tu. Masalah anak, rumahtangga , semuanya boleh dibantu oleh masjid. Dengan cara ini baru boleh hidupkan masjid dan banyak masalah boleh selesai.

    Cikgu macam saya pun kurang masalah disiplin kat sekolah, boleh fokus untuk mengajar bukan mengejar murid. Sama-samalah kita membangunkan modal insan yang gemilang dunia akhirat, wassalam.

     
    • cikgu azleen 8:25 AM on 20/05/2007 Pautan Kekal

      Sokong 100%.. Dan tambah seperkara, orang Jabatan Agama tak payahlah sibuk nak kan sebahagian dari gaji Pak Imam, Bilal etc.. Tak cukup ke gaji yang dibayar tuh? Kan memang keje korang buat gaji untuk Pak Imam etc.. Ada ke pulak Pak Imam nak kena bayar korang lagi.. :D

    • Cikgu Yati 10:17 PM on 21/05/2007 Pautan Kekal

      tulah masalahnya, not the right people at the right place with the right qualities.Masjid ada banyak duit terutamanya di Sngor,tapi hanya buat program superficial, lawan masjid cantik, marhaban, baca yasin.. takat tulah. sampai bila tak selesai masalah

    • nieys 11:29 AM on 30/05/2007 Pautan Kekal

      assalamualaikum cikgu,
      saya setuju dengan tulisan cikgu.. mana boleh bandingkan tandas masjid dengan tandas hotel… kenalah ada pengurusan yang betul.. orang yang jaga masjid tu pun kira banyak yang kerja ikhlas sahaja..
      nak salahkan sapa kalau tandas masjid kotor? takkan nak salahkan imam..? hairan..

    • Kirana 5:35 PM on 25/07/2007 Pautan Kekal

      Ada isu terbaru dalam sistem pendidikan. Isu basi rasanya: guru tak boleh menghukum pelajar. Apa pendapat cikgu?

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal