Updates from Ogos, 2007 Hide threads | Kekunci Pintas

  • Cikgu Yati 6:31 AM on 23/08/2007 Pautan Kekal | Balas

    saya baru balik dari kampung mertua di Kelantan. Disana sedang musim buah dimana boleh dikatakan setiap pokok rambutan, duku, dokong, manggis, cempedak berbuah.Dah tak laku, nak ambil dari pokok pun tak mahu sebab tak ada harga. Dokong kat kampung 60 sen sekilo kalau panjat sendiri, kalau peraih panjat 40 sen sekilo. Kesian kat orang kampung tak dapat hasil. Saya terfikir tentang FAMA sebab ini agensi pemasaran produk pertanian yang sudah begitu lama diwujudkan untuk membantu pemasaran, tapi nampaknya tidak berfungsi, ada bangsal ditepi jalan yg berlogo FAMA, kalau setakat nak jual tepi jalan, pak Su kat kampung pun boleh buat. Tapi bila kita duduk kat hotel, tak ada pulak di hidangkan dengan buah2 ini, hanya tembikai, betik saja yang ada, tak nak hidang kat pelancung ke? FAMA mesti fikirkan kaedah untuk memasarkan buah-buahan ini ke seluruh Msia dan keluar negara. Kena buat kilang buat jem rambutan yang jauh lebih sedap dari jem strawberi. Kena buat alatan yang sesuai, untuk proses, MARDI atau agensi yang lain mesti lebih berfungsi. Saya perhatikan Pejabat2 pertanian didaerah2 semuanya lesu, hidup segan mati tak mahu. Ada yang dah jadi ejen insuran. Pegawai2 pertanian mesti datang kesekolah2 untuk bagi ceramah pada murid tingkatan 3 dan 5, buat presentation yang menarik, paparkan bagaimana bidang pertanian boleh menjadikan kita kaya. Tunjukkan gambar2 yang menarik, contoh usahawan tani yang berjaya, dedahkan bantuan dan peluang yang ada, barulah anak2 muda minat untuk menceburi bidang ini. Marilah kita bangun dari lena wahai orang2 yang diberi amanah , jangan leka kat pejabat, turun padang., Bangunkan anak2 muda kita, bimbing mereka. Sempena 50 tahun merdeka ni, jangan masih dibuai mimpi……….

     
    • UYEIP 12:14 PM on 11/12/2007 Pautan Kekal

      PAKAR-PAKAR DI UNIVERSITI, MARDI , FAMA TIDAK BERKESAN. lIHAT BAGAIMANA tHAILAND MEMAJUKAN PERTANIANNYA. bILA SINGAPURA MEMASARKAN RAMBUTAN KITA DENGAN LABEL LAICI SINGAPORE KITA BISING, TAPI HAKIKATNYA KITA MEMANG TAK MAMPU BUAT.

  • Cikgu Yati 1:06 PM on 10/02/2007 Pautan Kekal | Balas

    Pagi tu sarapan kat hoover lepas tu pegi shopping kat Pengk. Kubur. Balik KB dah gabra sebab duit dah habis. Dalam bank tak boleh ambil nanti lari bajet, tapi ada lagi barang nak dibeli. Nasib baik ada bawa barang kemas. Terus pergi Arrahan KB kat hotel Temenggung. Punya lah senang dan efisien, terus dapat RM1000, riba free. 6 bulan lagi baru tebus. Kat situ ramai peniaga wanita datang untuk dapatkan modal seribu dua. Patutlah mereka simpan brg kemas, itu modal dia. Tak perlu cari Ah Long., tak dapat dosa riba, tak perlu susah2 buat kertas kerja (kalau nak pinjam bank) pendek kata hassle free, no red tape.

    Bertuahnya peniaga ni, ada sistem Arrahan. Kabarnya dah berbelas tahun dan banyak cawangan pulak tu. Kat Wakaf Che Yeh pun ada (pasar borong) cuma kat situ tak ada ATM, susah sikit nak ambil duit. Saya rasa sistem Arrahan kat Kelantan ni patut jadi contoh kat negeri lain kalau nak atasi masalah Ah Long dan juga nak majukan peniaga kecil. Tak kira bangsa apa pun.

    Saya nak syorkan bila kahwin, pengantin perempuan pastikan dapat MAS kahwin, boleh simpan untuk keperluan.Kalau dapat wang hantaran tu cepat2 beli mas supaya wanita ada aset yang tak susut nilai, bila perlu boleh gadai kat Arrahan.

    Peniaga Wanita di Kelantan

    Cikgu Yati

     
    • Jameelah 12:52 PM on 12/02/2007 Pautan Kekal

      saya setuju dengan cadangan cikgu. tak pun kalau tak suka pakai barang kemas, beli je dinar mas buat hantaran/mas kahwin….

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal