Updates from Jun, 2008 Hide threads | Kekunci Pintas

  • Cikgu Yati 1:08 PM on 19/06/2008 Pautan Kekal | Balas

    Bagi sekolah biasa,  kebanyakan murid terdiri dari IQ sederhana, Sebahagian kecil yang sangat pandai dan yang sangat lemah. Bagi yang pandai selepas PMR biasanya ke asrama penuh Kalau tidak pun elektif mereka ada di sekolah. Mereka mampu berjaya dalam matapelajaran sains tulin dan perakaunan. Matematik tambahan pun boleh lulus atau kepujian.

    Nasib 60 peratus murid lemah selepas PMR inilah yang membimbangkan. Mereka masuk ke tingkatan 4 dan terpaksa mengambil matapelajaran yang tidak mampu mereka bawa saperti perdagangan, ekonomi asas. Mereka adalah jenis ‘hands on’ oleh itu mereka perlu  terus ambil matapelajaran vokasional. Sekolah2 Vokasional mesti dihidupkan semula, diperbanyakkan dan urustadbirnya dikemaskini. Sukatan pelajarannya mesti sentiasa berkembang mengikut keperluan semasa dan akan datang. Disinilah terletaknya modal insan teknikal yang kita perlu bangunkan. Dengan asuhan nilai agama yang mantap, merekalah yang jadi tonggak kekuatan dipelbagai aspek saperti pertanian, pemprosesan makanan dsb.

    Sayang sekali, MPV yang ada disekolah sekarang amat terhad, contohnya di Selangor, Pemprosesan Makanan hanya ada di 2 buah sekolah. Akhirnya murid2 tingkatan 4 ini mula bosan, hilang motivasi dan menimbulkan pelbagai masalah disiplin.Kalaulah kita boleh adakan sekolah vokasional disetiap daerah dilengkapi  pula dengan pelbagai kenudahan sukan dan rekreasi , sudah tentu ramai anak2 kita dapat menjadi rakyat yang berguna, akan kuranglah pusat2 pemulihan dan ruang penjara

     
    • cikgu wahab 9:39 AM on 01/08/2008 Pautan Kekal

      Assalamualaikum Cikgu Yati,
      Bukan sahaja murid-murid tingkatan 4 ini mula bosan, tapi lebih malang lagi ada segelintir guru juga turut bosan nak mengajar murid-murid ni…..

      Saya nak paste URL cikgu yati di blog saya, boleh ye ?

      Terima kasih.

    • perak mb 12:45 PM on 12/10/2008 Pautan Kekal

      salam..!!
      cekgu yati…!!
      haha3…!!
      kenai x…??
      hahaha5…!!

    • Sepajo 11:03 AM on 13/10/2008 Pautan Kekal

      KPM patut menyediakan suatu sukatan pelajaran khusus untuk pelajar tingkatan 3 selepas mereka menduduki peperiksaan PMR. Kandungannya perlu menjurus ke arah menyediakan pelajar untuk peringkat seterusnya dalam sistem pendidikan. Pelajar perlu dibimbing supaya mereka dapat memilih aliran pengajian yang sesuai di tingkatan 4. Budaya datang sekolah untuk aktiviti selepas PMR yang tidak berfaedah dan membuang masa patut dihapuskan. Tekankan kepada pelajar belajar bukan untuk peperiksaan semata-mata.

    • cikgu suhaila 3:51 AM on 16/10/2008 Pautan Kekal

      alhamdulillah tahun ini dasar pendidikan teknik telah diubah kepada 20/80. 80 adalah vokasional dan kemahiran dan 20 teknikal. Diharap dengan perubahan ini dapatlah kita menghantar pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik ni. Harap sangat peluang yang kita bagi dekat dia orang ni tak di salahgunakan. Coz ada pelajar yang niatnya cuma nak alih angin. Bukan nak belajar sangatpun

    • cikgu faradisa 11:59 PM on 16/05/2009 Pautan Kekal

      salam…
      selamat hari guru…
      cikgu, sy mahu minta tlg sekiranya cikgu ade sukatan pelajaran & sukatan pelajaran perdagangan…kerjasama cikgu diucapkn jutaan terima kasih…

  • Cikgu Yati 12:47 PM on 18/06/2008 Pautan Kekal | Balas

    Semalam kami diminta membuat pilihan, nak pencen 58 atau kekal dengan pilihan yang lama (55 atau 56), Saya memang sudah pilih 55 dulu lagi dan sikit pun tak tergoda dengan perlanjutan tempoh itu. Sebabnya kita perlu akui secara jujur bahawa fiizikal dan mentalnya sudah banyak merosot, kalau yang wanita ni dah menopause, nanti tak boleh perform setanding dengan gaji dan elaun, seksa pula nak jawab depan ALLAH swt, lagi pun bagi lah peluang kat cikgu2 lain yang umur empat puluhan tu. Jangan kira gajinya sahaja, performance bagaimana?.

    Tapi bagi kaum bapa yang masih ada anak2 yang masih perlu dibiayai, teruskanlah, malah enam puluh pun tak womenopause lagi. Bagi prp yang suami stabil tu, eloklah undur diri, cari aktiviti lain yang dapat kumpul bekalan untuk perjalanan ke alam baqa nanti. Sering terjadi baru pencen, dah padam, duit gratuiti pun tak sempat rasa. Yalah kita boleh merancang, ALLAH menentukan.Sebaik2 wawasan adalah yang sampai ke akhirat.

    Surprisingly, member2 saya yang paling banyak bersungut nak pencen awal tu lah yang cepat2 sign 58, entahlah…. apa yang memotivasikan mereka2 ni. nanti lagi stress, lagi bersungut, musnah keikhlasan mengajar, Bila tercabut keikhlasan maka tidak menjadi hasil yang dihasratkan iaitu KEMENJADIAN anak didik kita.

     
    • zana 6:36 AM on 27/06/2008 Pautan Kekal

      Assalamualaikum, cgu yati saya tak faham apa kesan ke atas pencen jika kita sain 55 or 56m betul ke kalau kita kita sain 56 pencen dibayar pd 58, n ada syarat servis kene 30 th.. tanya kerani pun tak dpt jawab… saya blurrrr

    • vanqif 2:53 PM on 18/10/2008 Pautan Kekal

      assalamulaikum,

      saya dh pilih 58, rasa bersalah pun ader, macam lebihkan dunia plak..mmm

  • Cikgu Yati 6:31 AM on 23/08/2007 Pautan Kekal | Balas

    saya baru balik dari kampung mertua di Kelantan. Disana sedang musim buah dimana boleh dikatakan setiap pokok rambutan, duku, dokong, manggis, cempedak berbuah.Dah tak laku, nak ambil dari pokok pun tak mahu sebab tak ada harga. Dokong kat kampung 60 sen sekilo kalau panjat sendiri, kalau peraih panjat 40 sen sekilo. Kesian kat orang kampung tak dapat hasil. Saya terfikir tentang FAMA sebab ini agensi pemasaran produk pertanian yang sudah begitu lama diwujudkan untuk membantu pemasaran, tapi nampaknya tidak berfungsi, ada bangsal ditepi jalan yg berlogo FAMA, kalau setakat nak jual tepi jalan, pak Su kat kampung pun boleh buat. Tapi bila kita duduk kat hotel, tak ada pulak di hidangkan dengan buah2 ini, hanya tembikai, betik saja yang ada, tak nak hidang kat pelancung ke? FAMA mesti fikirkan kaedah untuk memasarkan buah-buahan ini ke seluruh Msia dan keluar negara. Kena buat kilang buat jem rambutan yang jauh lebih sedap dari jem strawberi. Kena buat alatan yang sesuai, untuk proses, MARDI atau agensi yang lain mesti lebih berfungsi. Saya perhatikan Pejabat2 pertanian didaerah2 semuanya lesu, hidup segan mati tak mahu. Ada yang dah jadi ejen insuran. Pegawai2 pertanian mesti datang kesekolah2 untuk bagi ceramah pada murid tingkatan 3 dan 5, buat presentation yang menarik, paparkan bagaimana bidang pertanian boleh menjadikan kita kaya. Tunjukkan gambar2 yang menarik, contoh usahawan tani yang berjaya, dedahkan bantuan dan peluang yang ada, barulah anak2 muda minat untuk menceburi bidang ini. Marilah kita bangun dari lena wahai orang2 yang diberi amanah , jangan leka kat pejabat, turun padang., Bangunkan anak2 muda kita, bimbing mereka. Sempena 50 tahun merdeka ni, jangan masih dibuai mimpi……….

     
    • UYEIP 12:14 PM on 11/12/2007 Pautan Kekal

      PAKAR-PAKAR DI UNIVERSITI, MARDI , FAMA TIDAK BERKESAN. lIHAT BAGAIMANA tHAILAND MEMAJUKAN PERTANIANNYA. bILA SINGAPURA MEMASARKAN RAMBUTAN KITA DENGAN LABEL LAICI SINGAPORE KITA BISING, TAPI HAKIKATNYA KITA MEMANG TAK MAMPU BUAT.

  • Cikgu Yati 4:52 AM on 20/05/2007 Pautan Kekal | Balas

    Memang begitu lama tidak menulis, ada masalah teknikal. Hari ni nampaknya dah ok. Selamat Hari Guru kepada cikgu Intan, cikgu Lee cikgu Jef dan ramai lagi cikgu-cikgu yang hebat-hebat. Kita kena tonjolkan kerjaya cikgu terutamanya kpd anak2 dan murid2 kita. Nanti tak ada orang nak jadi cikgu sebab cikgu ( pensyarah, pegawai2 pelajaran) pun malu2 nak suruh anak jadi cikgu. Kalau anak jadi engineer tu, bangga cerita kat orang tapi kalau jadi cikgu ada tambah ‘aje’. Pengetua, guru besar pun kalau berucap depan murid tak pernah promo kerjaya cikgu, asyik2 doktor, engineer , loyar…

    Jadi pada hari guru yang lalu sebenarnya saya sedih mendengar berita cikgu Anizah yang meninggal di Sarawak tu. Belum pun dapat gaji pertamanya sudah meninggalkan kita. Apa nak buat, tak pergi posting, disuruh berhenti, apa pilihan yang ada. Saudara mara pun tak ada yang berkabel’. Itulah sistem yang ada. Nak buat camne. Tapi supaya perkara macam ni tak berulang, saya minta sangat2 pihak yang berkuasa dan yang diberi kuasa supaya mengambil ramai guru pelatih dari Sabah dan Sarawak dan longgarkan syarat2 bagi mereka untuk jadi cikgu, tapi wajibkan mereka berkhidmat di negeri sendiri. Tak perlu hantar orang macam cikgu Anizah, kecuali kebandar2 besar yang terjamin keselamatan. Hanya orang tempatan faham budaya mereka. Usahkan cikgu, polis yang muda2 pun ada yang terkorban.

    Saya sungguh terkilan. Itulah budaya kita, dah terantuk banyak kali pun tak terngadah juga. Cakap fasal hal cikgu ni tak habis-habis, tapi saya akan cuba juga mengupas dan menganalisa seadil mungkin untuk kita jadikan panduan. Tapi itulah kita sekadar cikgu, sampai sekarang tidak lagi ada martabat. Majlis pengetua mungkin boleh mainkan peranan, tapi cakap banyak pun tak boleh, pemikiran kreatif dan kritis hanya untuk pembentangan diseminar atau kursus bukan untuk dipraktikkan.

    Akhir kalam untuk semua cikgu, banyakkan bersabar, jangan tension dan kita bernasib baik tak tinggal di Timbuktu, Mogadishu atau dizaman batu. Begitulah kata-kata hikmat yang selalu diberitahu kepada kita supaya kita ni rasa terhutang budi dan tunduk malu. Anugerah Tokoh Guru pun tak ada ape yang nak direbutkan. Kalau saya, semua cikgu, askar, polis dan jururawat saya bagi lot kampung tersusun dinegeri pilihan masing2 secara percuma sebagai menghargai jasa mereka (maklumlah ‘government SERVANTS’). Masa zaman orang putih dulu, polis SC pun dapat tanah…

     
    • faisal 3:38 AM on 20/06/2007 Pautan Kekal

      em di barat tak panggil government servant tau….die panggil government officer… government servant nii angkara era kolonial la…penjajahan barat tak habis2 hehehe…cukup bulan cucuk gaji…hehehe

    • Kirana 12:15 AM on 14/08/2007 Pautan Kekal

      Baru perasan la ucapan hari guru ni. Tq cikgu yati. Tak tau la I ni layak bergelar guru ke tidak…

    • razali 7:32 AM on 11/02/2008 Pautan Kekal

      alo, salamualaikum….
      kita ni cikgu, kakitangan kerajaan tapi profesion kelas 2. tak orang respek. hari-ari kena buli. ada saje isu yang tidak elok, asyik cikgu yang kena hentam. apa depe ingst kerja kita ni pengasuh? mereka lupa kenal abc mereka kerana guru.

    • hanis 5:28 AM on 29/06/2008 Pautan Kekal

      askum…sy pljr ting4….hehe.tp sy tingin la nak jd ckgu nnt? nak tny la cket lps spm ne nak kena amik matrix ka u ka? konpius la.

    • Nureen Delaila 8:46 PM on 24/08/2008 Pautan Kekal

      Kalau semua guru boleh bersabar tak kira apa jenis masalah yg kita alami di sekolah.. alangkah baiknya.. Tapi kita ni manusia biasa.. Nak elak tension kena selalu motivasikan diri… Harap semua guru kat Malaysia ni tak patah semangat.. mendidik anak bangsa.. Mudah2an segala pengorbanan yg cikgu2 semua curahkan mendapat balasan setimpal di hari akhirat kelak.. Amin..

c
tulis entri baru
j
entri berikut/ komen berikut
k
entri lepas/komen lepas
r
balasan
e
sunting
o
papar/sorok komen
t
ke atas
l
go to login
h
show/hide help
esc
batal