Sekolah mesti diberi tanggungjawab memilih pelajar tingkatan 5 yang perlu dihantar ke PLKN. Sekolah yang arif dalam mengenalpasti murid yang PERLU di brainwash dan di turnover supaya boleh dipulihkan melalui PLKN.
Updates from Jun, 2008 Hide threads | Kekunci Pintas
-
Cikgu Yati
-
Cikgu Yati
Bagi sekolah biasa, kebanyakan murid terdiri dari IQ sederhana, Sebahagian kecil yang sangat pandai dan yang sangat lemah. Bagi yang pandai selepas PMR biasanya ke asrama penuh Kalau tidak pun elektif mereka ada di sekolah. Mereka mampu berjaya dalam matapelajaran sains tulin dan perakaunan. Matematik tambahan pun boleh lulus atau kepujian.
Nasib 60 peratus murid lemah selepas PMR inilah yang membimbangkan. Mereka masuk ke tingkatan 4 dan terpaksa mengambil matapelajaran yang tidak mampu mereka bawa saperti perdagangan, ekonomi asas. Mereka adalah jenis ‘hands on’ oleh itu mereka perlu terus ambil matapelajaran vokasional. Sekolah2 Vokasional mesti dihidupkan semula, diperbanyakkan dan urustadbirnya dikemaskini. Sukatan pelajarannya mesti sentiasa berkembang mengikut keperluan semasa dan akan datang. Disinilah terletaknya modal insan teknikal yang kita perlu bangunkan. Dengan asuhan nilai agama yang mantap, merekalah yang jadi tonggak kekuatan dipelbagai aspek saperti pertanian, pemprosesan makanan dsb.
Sayang sekali, MPV yang ada disekolah sekarang amat terhad, contohnya di Selangor, Pemprosesan Makanan hanya ada di 2 buah sekolah. Akhirnya murid2 tingkatan 4 ini mula bosan, hilang motivasi dan menimbulkan pelbagai masalah disiplin.Kalaulah kita boleh adakan sekolah vokasional disetiap daerah dilengkapi pula dengan pelbagai kenudahan sukan dan rekreasi , sudah tentu ramai anak2 kita dapat menjadi rakyat yang berguna, akan kuranglah pusat2 pemulihan dan ruang penjara
-
cikgu wahab
Assalamualaikum Cikgu Yati,
Bukan sahaja murid-murid tingkatan 4 ini mula bosan, tapi lebih malang lagi ada segelintir guru juga turut bosan nak mengajar murid-murid ni…..Saya nak paste URL cikgu yati di blog saya, boleh ye ?
Terima kasih.
-
perak mb
salam..!!
cekgu yati…!!
haha3…!!
kenai x…??
hahaha5…!! -
Sepajo
KPM patut menyediakan suatu sukatan pelajaran khusus untuk pelajar tingkatan 3 selepas mereka menduduki peperiksaan PMR. Kandungannya perlu menjurus ke arah menyediakan pelajar untuk peringkat seterusnya dalam sistem pendidikan. Pelajar perlu dibimbing supaya mereka dapat memilih aliran pengajian yang sesuai di tingkatan 4. Budaya datang sekolah untuk aktiviti selepas PMR yang tidak berfaedah dan membuang masa patut dihapuskan. Tekankan kepada pelajar belajar bukan untuk peperiksaan semata-mata.
-
cikgu suhaila
alhamdulillah tahun ini dasar pendidikan teknik telah diubah kepada 20/80. 80 adalah vokasional dan kemahiran dan 20 teknikal. Diharap dengan perubahan ini dapatlah kita menghantar pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik ni. Harap sangat peluang yang kita bagi dekat dia orang ni tak di salahgunakan. Coz ada pelajar yang niatnya cuma nak alih angin. Bukan nak belajar sangatpun
-
cikgu faradisa
salam…
selamat hari guru…
cikgu, sy mahu minta tlg sekiranya cikgu ade sukatan pelajaran & sukatan pelajaran perdagangan…kerjasama cikgu diucapkn jutaan terima kasih…
-
-
Cikgu Yati
Hari ni seronok mengajar Siviks tingkatan 3, tajuk Jentera Pentadbiran Negara. Terpukau juga saya bila murid tanya kenapa Anwar Ibrahim tak jadi Perdana Menteri, dan kenapa Nurul Izzah tak jadi Menteri Pembangunan Wanita. Kalu cikgu buta politik memang payah nak terangkan. Tapi nasib baik boleh jawab sikit2, and make them happy. Lepas tu saya lantik semuanya jadi Menteri dan Timbalan Menteri, saya pun panggil mereka YB.
Minggu depan, semua menteri2 ni excited nak bentangkan cadangan2 mereka kat ‘parlimen’. Nanti saya akan cerita hal budak2 ni, mesti membahagiakan…isu harga minyak mesti top.
-
jutawanita
assalamualaikum cikgu,
Saya dapat bayangkan yagn cikgu adalah seorang yang kreatif. Saya cuma dapat berdoa dan berharap semoga terdapat lebih ramai guru yang kreatif yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik seperti cikgu. Tahniah kepada cikgu.Sejak akhir-akhir ini, yang kerap didengar hanya peningkatan kes-kes gaduh dan ponteng di sekolah menengah berhampiran rumah saya. Risau ke mana hendak dihantar anak yang akan menyambungkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
-
oeddin
Saye sokong cikgu jadi menteri pendidikan… jika nanti YB Anwar Ibrahim jadi Menteri..
-
-
Cikgu Yati
sekarang ni tengah rancak pelbagai pihak/ individu bagi sumbangan untuk orang miskin, warga emas, anak yatim dsb nya kerana sempena ramadan dan raya.Ini amalan yang sangat mulia, cuma sikit terkilan sebab ada pihak tertentu gunakan amalan ini untuk nampak ‘murah hati’ dan warak dimata rakyat. Sekiranyanya duit tu dari poket sendiri pun tak elok nak tunjuk2 , inikan pula duit tu kutipan zakat dari orang Islam yang terdiri dari pelbagai anutan politik. Eloklah pegawai2 diPejabat agama tu bagi ‘direct’, tak perlu ada majlis khas dimana penerima2 ni terpaksa berbaris lama2 kadang2 ada ucapan2 yang tak sedap didengar. Pegawai2 jabatan agama boleh pergi kerumah mereka untuk sampaikan sendiri sambil tu boleh tinjau keadaan mereka, jika perlu buat pemantauan dan tindakan susulan. Duit orang ramai adalah amanah . Perlu berhati2 menjaga amanah ini, jika tidak boleh jadi munafik. Pernah terjadi disatu mesjid, solat tarawih ditangguhkan sebab nak tunggu YB datang nak sampaikan zakat kepada fakir miskin. Melangutlah mereka menunggu YB yang lambat tu………..biasalah tu
qisst 1:30 AM on 08/07/2008 Pautan Kekal
oooo…begitu…ingatkan pilih secara rawak sahaja. Adakah semua yg dipilih terdiri drp mrk yg brmasalah, yg terbaik atau kedua-duanya sekali?
LALA 12:52 PM on 13/08/2008 Pautan Kekal
adakah wajib semua pelajar megikut plkn
rendah diri 1:02 PM on 15/08/2008 Pautan Kekal
salam,
seronok baca blog pasal cikgu…boleh kita exchange link?
nizamadib 7:04 PM on 19/09/2008 Pautan Kekal
Salam Cikgu Yati,
Program tersebut sangat perlu utk generasi muda sekarang. Makin hari nilai nilai murni dah semakin mehilang dari diri mereka. membesarkan anak dizaman millenium sangat sangat mencabar…
amir 4:34 PM on 23/10/2008 Pautan Kekal
Adalah lebih baik semua murid wajib dihantar ke PLKN. Yang paling penting, beri ajaran agama kerana kalau itu kukuh, hebatlah jati diri seorang remaja itu.
AMIR <a href”=”http://familyblog.com.my”
Narian 8:46 AM on 16/11/2008 Pautan Kekal
INI TIDAK BETUL…KENAPA RAMAI YANG DIPILIH PELAJAR YANG TIDAK BERMASALAH…CONTOHNYA SAYA….DAN KAWAN-KAWAN SAYA DI SEKOLAH LAIN……JIKA TIDAK KAMI MENJADI MANGSA PLKN
………………………………………………………….
iNI tIdAk ADIL