suasana di sekolah
semakin ramai rakan-rakan guru yang stress.baru sahaja reda dilandai ribut headcount, postmortem pep. pertengahan tahun ( yang hanya bertujuan membanyakkan fail ), datang pulak bulan kemerdekaan yang memerlukan pelbagai aktiviti.Dalam masa yang sama kelas tambahan, bengkel-bengkel teknik menjawab soalan, solat hajat, markah-markah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( yang semakin tak tentu arah objektif nya). Dalm pada itu pelbagai laporan perlu disiapkan seperti penyelenggaraan komputer , PPSMI, dsb.Semuanya ini menyebabkan kaum guru makin hari makin kurang bersemangat keran beban kerja yang bukan mengajar terlalu banyak..
Tapi itu semua kita buat dan terima dengan lapang dada, setakat yang boleh. Cuma saya amat bimbang jika keadaan begini akan menjadi ‘time bomb’ yang akan meletup . Hal-hal salah laku murid semakin mencabar. Ibarat ibu tunggal memikul beban mendidik anak. Kaum bapa ( guru lelaki terlalu sedikit), maka murid lelaki tidak ada ‘father figure’. Bagi murid yang kategori IQ, EQ dan SQ baik , agak mudah ditangani oleh guru wanita, tetapi yang agak keras dan keras memerlukan guru lelaki . Macam mana lembut pun guru lelaki tetap ada aura kelelakian yang disegani oleh murid.
Saya juga amat bimbang jika profesion ini tidak menjadi pilihan termasuk dari kalangan anak-anak guru sendiri. Sedihnya saya………. jom pi kantin…………
rahman.ahchong,muniandy 7:09 PM on 09/08/2009 Pautan Kekal
heheh cg,
salam ziarah.mana leh mengeluh.anggap je kerjaya ini sebagai satu ibadah.org lelaki kureng jadi cg sebab mereka ni jenis yg kaso.sesuai utk heavy duty je.dari kecik dilatih mcm tu kerana persekitaraan di negara kita mcm tu.bila heavy duty pasti mentalnya lembab ckit.allahualam.
yuchuilang 12:52 AM on 21/11/2009 Pautan Kekal
Saya setuju dengan pendapat cikgu Yati. Kerja bukan mengajar memang membebankan guru. Pegawai pendidikan yang duduk dalam pejabat berhawa dingin itu patut dihantar ke hospital mental untuk check up. Selamat bercuti dan blogging.