Semalam kami diminta membuat pilihan, nak pencen 58 atau kekal dengan pilihan yang lama (55 atau 56), Saya memang sudah pilih 55 dulu lagi dan sikit pun tak tergoda dengan perlanjutan tempoh itu. Sebabnya kita perlu akui secara jujur bahawa fiizikal dan mentalnya sudah banyak merosot, kalau yang wanita ni dah menopause, nanti tak boleh perform setanding dengan gaji dan elaun, seksa pula nak jawab depan ALLAH swt, lagi pun bagi lah peluang kat cikgu2 lain yang umur empat puluhan tu. Jangan kira gajinya sahaja, performance bagaimana?.
Tapi bagi kaum bapa yang masih ada anak2 yang masih perlu dibiayai, teruskanlah, malah enam puluh pun tak womenopause lagi. Bagi prp yang suami stabil tu, eloklah undur diri, cari aktiviti lain yang dapat kumpul bekalan untuk perjalanan ke alam baqa nanti. Sering terjadi baru pencen, dah padam, duit gratuiti pun tak sempat rasa. Yalah kita boleh merancang, ALLAH menentukan.Sebaik2 wawasan adalah yang sampai ke akhirat.
Surprisingly, member2 saya yang paling banyak bersungut nak pencen awal tu lah yang cepat2 sign 58, entahlah…. apa yang memotivasikan mereka2 ni. nanti lagi stress, lagi bersungut, musnah keikhlasan mengajar, Bila tercabut keikhlasan maka tidak menjadi hasil yang dihasratkan iaitu KEMENJADIAN anak didik kita.
zana 6:36 AM on 27/06/2008 Pautan Kekal
Assalamualaikum, cgu yati saya tak faham apa kesan ke atas pencen jika kita sain 55 or 56m betul ke kalau kita kita sain 56 pencen dibayar pd 58, n ada syarat servis kene 30 th.. tanya kerani pun tak dpt jawab… saya blurrrr
vanqif 2:53 PM on 18/10/2008 Pautan Kekal
assalamulaikum,
saya dh pilih 58, rasa bersalah pun ader, macam lebihkan dunia plak..mmm