Mula-mula saya mohon maaf kerana tidak menulis sejak bulan Disember 07 sampai sekarang. Masa cuti panjang sibuk kesana kemari maklumlah ibu dan mertua sudah tua dan perlu diziarahi sekerap mungkin, aktiviti masyarakat pun banyak, dan masa cuti jugalah cikgu nak mengemaskini kerja-kerja sekolah yang tak dapat dibereskan masa sekolah seperti stok/inventori, kemas dan ceriakan pelbagai bilik, dan macam-macam lagi yang tak boleh nak disenaraikan,’ it takes a teacher to understand the teacher’s unending tasks’
Bila sekolah buka, lagi sibuk dan bermulalah pelbagai acara, hampir setiap petang bermesyuarat dan setiap Sabtu ada event.Semua majlis mesti diurus oleh guru dan perlu bentuk pelbagai jawatankuasa. Dua tiga hari sibuk buat persiapan, tambah lagi majlis PIBG yang biasanya hanya G nya saja yang kena buat,IB hanya kata ” saya nak begitu dan saya nak begini’ terutamanya masa nak PRU 12; tiba-tiba YB nak jumpa parents nak sampaikan sijil( nak kempen}agaknya}. Kenapalah guna cikgu, nak jimat belanja kot,……..banyak P and P terabai. Dalam sibuk tu ujian dan peperiksaan mesti jalan, kelas tambahan bermula dari day one, tambah pula dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang begitu haru biru , then PPSMI { Sc. maths in English}, buddy system, PATS, Headcount, program anti dadah, anti jenayah,,,,,,semuanya dilonggokkan kat sekolah.
Kemudian mula pula sukan dan permainan daerah, pertandingan2 kokuriulum dsb. Hari-hari purata 10 guru tak ada di sekolah, about 30 %, beban relief atas guru lain, meningkat masalah disiplin…..so on and so on…..and akhirnya minta pula pencen umur 58 tahun…. HELP, HELP….Kerajaan, Kementerian, Kesatuan Guru, MP, ADUN.. please do something before ramai guru separuh gila. Mengajar, mendidik, membangun akhlak sudah diketepikan,,,sekian ,jumpa lagi
oleh PPD yang WAJIB dihadiri walau pun hanya dengan arahan telefon . Mesyuarat panitia daerah yang begitu banyak
cikgufarizal 5:18 PM on 12/06/2008 Pautan Kekal
Salam Cikgu,
Nice Blog,
Kira ok la 10 jer tak der kat sekolah. sekolah saya minggu ni 17 daripada 55 orang guru tak de. Pening nak relief.
Cikgu sekarang dah bukan buat kerja guru. kalau komplen dituduh tak ikhlas pula :(
cikgu oeddin 1:33 AM on 13/06/2008 Pautan Kekal
Kerja kite cikgu beginilah…kalau kami di indonesia dikatekan “pahlawan tanpa tanda jasa” kerje aje ….
cikgu azleen 4:19 AM on 08/07/2008 Pautan Kekal
hehehe.. Kalau ikut peratusan di pusat kesihatan mental, profesion sebagai guru adalah yang terbanyak jumlahnya menghuni tempat-tempat ini. Ermmm.. Memang stress kerja sebagai guru.. Oleh itu, guru kena belajar juga cara menangani stress diri sendiri.. Bukan setakat tolong students atasi stress.. :D
faryssa 2:33 AM on 03/09/2008 Pautan Kekal
Dear cikgus,
My work at a leaning MNC starts at 8:45 and ends at 10 p.m at night. Every day 5 days a week. Life at the private work sector is not as lavish as life in your field of profession. I get 15 days annual leave and you get 84 days. I don’t get to see they daylight and you do. Every once a month, i willbrak down in tears because I am doing something so plastic. Climbing the corporate ladder is ruthless. Yes, the money may be good – but dear cikgus nothing is worth living your life as much as you could. I wish I hold your profession. I would not complaint an utter word. You are blessed to nurture – how i wish i can be in your shoes. All the best.
Far.
mala 12:38 PM on 04/09/2008 Pautan Kekal
i pun gile kat sekolah ni… GB nak tunjuk besar dan kuasa lebih… bosan… memang dah plan nak resign jadi suri rumah sepenuh masa lagi baik….. memang stress…. benci sekolah…..
sribuat 1:59 PM on 16/10/2008 Pautan Kekal
ramai guru alami stress???…….. bagi yg islam, andai kita berpegang teguh kepada ajaran agama, insyaallah boleh dihindari masalah tu. kembali kepada ajaran agama. baca quran, buat amalan sunat sesudah yang wajib, insyaallah…
Kanashimi 10:15 AM on 31/10/2008 Pautan Kekal
T_T..
Affendi 4:22 PM on 16/12/2008 Pautan Kekal
Apa khabar para cikgu semua.
Di sini saya ingin memperkenalkan penterjemah bahasa Lingovista. Perisian ini boleh digunakan untuk menterjemahkan karangan, esei dan laporan kita dari Bahasa Malaysia ke bahasa English secara automatik.
Sila lawati: http://lingovista.googlepages.com/default.htm
Terima Kasih
Cikgu Haykal 8:46 PM on 18/04/2009 Pautan Kekal
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mana Cikgu Yati ni?
Well… apa yang saya boleh berikan komentar, guru sekarang tak macam guru dahulu. Kita boleh lihat dalam pelbagai aspek.
Dari segi bebanan kerja. Dulu mengajar lebih banyak dari kerja lain. Sekarang, kerja lain lebih banyak dari mengajar. Saya setuju dengan apa yang Cikgu Yati katakan di atas nun.
Dari segi penghormatan dan sokongan terhadap guru pun dah beza. Zaman pakcik saya yang umur 67 thn, lain situasinya, guru dihormati. Kalau anak report pada ibu bapa, dibelasah anak dulu.Zaman kita sekarang, kita cuit budak sikit, dikatakan kita dah abuse pelajar. Ibubapa lebih percayakan anak dari guru. Padahal pada mulanya juga ibu bapa yang menghantar anak dia untuk disekolahkan. Tapi never to trust the teachers.
So apa nak jadi pada kita weh….