R n R Lenggong yang mengecewakan
Perjalanan yang jauh sungguh memenatkan, perut semakin lapar, sudah masuk waktu solat maghrib. Kami pun singgah di R n R Lenggong yang lokasinya begitu indah, apatah lagi bulan sedang mengambang. Ada peluang hendak makan masakan ala Perak yang enak saperti gulai tempoyak…… Sungguh kecewa.. gerai tidak beroperasi hanya jual air dan makanan ringan, ditingkat atas ada gerai jual nasi tetapi begitu lesu, keadaan sekitarnya cantik tapi kotor tak terurus, tempat sembahyang yang amat sempit. Kenapalah tempat yang boleh maju ini terbiar, sewa mahal ke atau memang pehak berkuasanya tak ambil kesah. Kalau Tuanku atau VIP nak melawat baru elok kot….
faizal 1:22 PM on 30/01/2008 Pautan Kekal
maafkan saya cikgu, saya sedikit keliru, RnR Lenggong yang manakah sebenarnya yang cikgu maksudkan? Kalau RnR di kawasan jambatan Raja Muda Nazrin tu, itu RnR Kuala Kangsar.. atau saya sebenarnya yang tidak sedar kewujudan RnR Lenggong itu..
Zaiful 5:34 PM on 01/02/2008 Pautan Kekal
salam.. malaysia maju 2020 hanya milik juara.. ada komen?
koocin 2:03 AM on 17/04/2008 Pautan Kekal
salam…….. moga cikgu sentiasa berusaha mendidik anak2 bangsa. yeeahh! urm betul r cikgu cakap bila vip nk melawat baru plus nak bersihkan..
IEJA 2:05 AM on 17/04/2008 Pautan Kekal
assalamualaikum cikgu yati…… saya form 6 student..saya gembira dapat masuk dalam blog cikgu…blog ini saya dapat dari cikgu MUET saya..hari nie kami blajaq bab blog..satu hari nanti..saya harap ada blog sendiri macam cikgu..k semoga bersua lagi dan panjang umuq…k bye22!!!!!!
Cikgu Yati 1:11 PM on 18/06/2008 Pautan Kekal
maaf le Faisal.Baru nak jawab, R nR Lenggong tu terletak antara Kuala Kangsar dan Lenggong, iaitu jalan menuju Gerik bukan kat Plus highway