matapelajaran yang terabai
Penekanan yang teramat menggila keatas sains, teknologi dan matematik menyebabkan subjek Geografi (dulunya ilmu ALAM) terpinggir. Guru baru yang opsyen geografi tak ada langsung, hanya segelintir sekolah yang dapat menawarkan geografi untuk murid tingkatan 4 dan 5 . Itu pun nasib baik ada guru opsyen geografi yang hampir pencen. Subjek yang sebegini penting dan padat dengan ilmu mengenai alam ( iaitu tempat tinggal manusia ) , sudah tidak diberi tempat yang sewajarnya. Akibatnya semakin ramai manusia yang tidak memahami selok belok bumi ini , kejahilan ini boleh menyebabkan pelbagai malapetaka…..(matapelajaran ‘angkasa’ tu boleh tangguhkan dulu)
Satu lagi subjek yang menghadapi nasib yang sama ialah Pendidikan Seni. Bagi sesuatu kelompok murid, hanya segelintir sahaja yang mampu mempelajari sains tulen dan matematik tambahan dan ini sudah pun di kumpulkan disekolah-sekolah asrama penuh. Biarlah sekolah biasa, macam sekolah saya membina murid yang lebih cenderung kepada matapelajaran kemanusiaan saperti seni dan geografi. Saya yakin, jika ada guru opsyen, ramai murid boleh cemerlang dalam subjek-subjek ini diperingkat SPM. Lagi pun dari pemerhatian saya, ramai murid yang lemah ini pandai melukis ( ‘menconteng’). Jika dibimbing, tentu mereka boleh berjaya dan suka belajar. Sekolah tidak lagi begitu membosankan, dan kalau boleh janganlah kita selalu menyebut doktor dan jurutera sahaja sebagai orang yang berjaya. Terguris hati anak murid kita yang lemah otak kiri tapi cerdas otak kanannya.
xpvsvista 7:08 AM on 31/12/2007 Pautan Kekal
Betul ke Geografi dah terpinggir? Dulu masa form 1 – 3, geografi la yg paling saya minat… Form 4 lak kena masuk kelas sains.
Teringat lagi cikgu Latipah ajar geografi…hu…hu…hu…
Pendapat cikgu Yati saya setuju….
(Biarlah sekolah biasa, macam sekolah saya membina murid yang lebih cenderung kepada matapelajaran kemanusiaan saperti seni dan geografi.)
Zaiful 5:30 PM on 01/02/2008 Pautan Kekal
salam.. geografi juga penting
suzieani 2:02 AM on 17/04/2008 Pautan Kekal
Salam……..saya sedang mempelajari cara membuat blog.Blog ini diberi oleh guru saya.Pada pandangan saya blog cikgu menarik kerana mempunyai kreativiti yang tersendiri.
sakura in form 6 2:04 AM on 17/04/2008 Pautan Kekal
asssalammualaikum…….hari nie saya dan kawan-Kawan baru ja belajar tentang blog….my teacher give the blog address…kami baru selesai baca blog cikgu dan kami amat setuju dengan apa yang cikgu utarakan…..
cikgooden 6:50 AM on 24/06/2008 Pautan Kekal
sememangnya begitulah cikgu…rutin cikgu seperti telah diprogramkan oleh kementerian. sebarang tindakan yang bercanggah dengan program pasti pincang organisasi….idup la kita sebagai guru(dibaca ROBOT….)
Sharifah 1:45 AM on 23/09/2008 Pautan Kekal
Salam buat semua!
Saya amat bersetuju mengenai komen, kalau pelajar atau anak anak anak yang tak boleh menjadi pakar mathematik, peguam, doktor dan pelbagai lagi kerjaya yang membawa kepada kehidupan yang melambangkan status dan kemewahan.
Untuk berjaya dalam hidup kita jangan mengalah cepat, kita boleh teliti, kemana arahnya minat pelajar, macam pendapat terawal, bab melukis dan menconteng, itu satu pengamatan yang jelas. Kita bole jugak lihat kalau ada yang lingkup dalam mata pelajaran penting, tapi dia pandai bercerita atau menulis, tak salah memberi sokongan atau salurkan ke arah yang lebih bermanafaat.
Sebagai guru kita kena letak diri kita di tempat pelajar, kerana kita datangnya dari tempat yang sama pada ketika dulu, jangan kata, ah! budak lain leh paham, apasal dia ni aja yang bengap? Lain padang lain belalang. alangkah baiknya setelah kita tinggalkan alam persekolahan, kita terkenang pada guru guru yang berperihatin.
Salam Ramadan dari jauh di perantauan.
Sepajo 11:15 AM on 13/10/2008 Pautan Kekal
Sebenarnya bukan Geog saja yang terpinggir …, semua subjek sebenarnya, bukan kerana kegilaan terhadap sains dan metematik tetapi kerana kegilaan untuk mengadakan seribu satu macam subjek. Kesannya bilangan subjek yang terlalu banyak menyebabkan kita hilang fokus dan penguasaan ilmu tidak mendalam. Terlalu ramai orang yang terlalu pandai dalam KPM yang masing-masing ingin menonjolkan kepandaian masing-masing dan kita di sekolah menjadi mangsa :)