sekolah
Sejak sebelum puasa , sekolah dah lintang pukang, bukan akademiknya atau pentadbirannya tapi dengan pelbagai projek pembangunan fizikal segera yang begitu merimaskan, berdentung dentang diatas, dibawah , dikiri dan dikanan. Kontraktor A ketuk tandas walaupun baru saja dibaikpulih oleh sekolah ( dengan duit yang dicari sendiri oleh sekolah), kotraktor B ganti bumbung blok 1, kontraktor C baikpulih longkang, kontrator D ganti bumbung blok 2.. kontraktor D ganti bumbung blok 3…serabut betul dengan keaaan ini, masa inilah guru nak buat ulangkaji intensif dengan murid PMR, SPM.
Sekolah pula dibanjiri oleh pekerja2 yang ramai yang kita tak boleh pantau sebab banyak projek oleh pelbagai kontraktor. Lori keluar masuk, kren gergasi pun masuk , keselamatan murid ?…. tak kisah, kalau mati atau cedera bukan anak mereka. Bilik guru semuanya lintang pukang, sebab dah kena ketuk .Kata kontraktornya ( lain dari diatas) kena tukar tingkap cermin besar. Tak pasal2, tak mintak dan tak perlu pun. Ada keperluan lain yang lebih mendesak yang sekolah nak buat tapi tiada duit..
Guru2 bertempiaran duduk dimerata ceruk, barang dan alatan mereka tak tahu nak cari kat mana, masa ni pula guru kena isi macam2 dokumen, borang dan sijil. Ramai yang bersila dilantai , terbongkok2 buat kerja. Selepas raya, suasana ini berterusan, SPM begitu hampir, dalam keadaan begini, semangat guru dan murid menurun dengan ketara . Kadang2 terfikir oleh kita, tak boleh ke buat semua ni masa cuti panjang akhir tahun nanti ?? Kenapa mesti terkejar2 masa ni?
Marilah kita semua telus dan tulus melaksanakan amanah, tak kiralah kita ni perancang, pelulus atau pelaksana sebarang projek (yang menggunakan wang rakyat), orang politik atau kakitangan kerajaan ,semuanya mesti taqwa dan bijak pasti banyak masalah dapat diselesaikan. Akhir kata tambah2lah ilmu agama yang ada supaya mampu memandu kita dalam semua tindakan. InsyaALLAH. Selamat Hari Raya Idilfitri, maaf Zahir Batin
Nasi 6:09 PM on 13/11/2007 Pautan Kekal
salam…
xde mesyuarat ke antara guru2 dan pihak atasan sekolah? bnyk sekolah yg jd macam ni.. guru2 komplen sbb xpuas hati dgn sistem sekolah.. sbg pelajar, sy nk jgk tahu, ape yg dirancang kat sekolah, ade x mesyuarat yg mintak pandangan guru2? ke (pihak atasan, sy xtau sape) amik tindakan sendiri je? sy kesian kat cikgu2 je…
(maaf la kalo terkasar bahasa… sorry,)
Nur Amirah Shaharom 5:00 AM on 14/11/2007 Pautan Kekal
Mak nik pun duduk bersila atas lantai buat kerja jugak ke?
Kesian Mak nik. Takpa2.. Mirah tau Mak Nik cikgu yang baik dan cemerlang. Teruskan usaha!
Gambate!
Mirah balik rumah esok. Dah mula cuti. Yay!
Cikgu Yati 8:39 AM on 21/11/2007 Pautan Kekal
kepada ‘nasi’, memang lah ada mesyuarat,tapi hanya boleh bincang hal-hal yg sekolah boleh buat keputusan saperti guru mana nak jaga persatuan atau kelab apa. Soal dasar tak boleh sentuh, arahan pekeliling dari kementerian atau jabatan atau daerah, tidak boleh kata apa, maklumlah ’saya yang menurut perintah’,suruh buat, buat. lagi pun cikgu ni kan ke government SERVANT….
Cikgu Yati 8:55 AM on 21/11/2007 Pautan Kekal
kepada mirah, thank you for your compliments on me being an excellent teacher, I strongly believe that I am born to be a teacher .however lately I’m beginning to feel so hopeless and helpless.The whole education system mekes me feel so.Lost direction, everchanging and weak policies,hypocricy, lack of sincerity plus destructive elements especially approved entertainments( which make students lazy, rude and wild), really make me sick, some times to the point of wishing for early retirement.Of course, I still have hope for things to become better…
Nasi 3:14 PM on 21/11/2007 Pautan Kekal
oh? kira projek nk tambah baik sekolah ni dari pihak yg xtahu situasi sekolah la (mcm kementerian, jabatan atau daerah)? patut la jd mcm ni…. kesian semua cikgu2..
well, from your reply regarding Mirah’s comment, I surely agree with you. seems like school is just a place to register student’s name so they didn’t categorized as a drop-out student. for them, school is just a place to ‘lepak2′.. a place to make a gathering and then plan, where to hang out next. a place where they really really study is tuition centre.. i’m speaking the truth, according to my brother situation.. so sad he didn’t know his teacher(s)…
ps: so different frommy schooling time..
( i really2 thanked all teachers around Malaysia for the hard work besides the hard time they had)
cikgu azleen 4:36 AM on 26/11/2007 Pautan Kekal
I guess they have to finish off the budget before the year end.. Kalau bulan 12 baru nak buat, bila nak claim? Nanti lambat claim, alamatnya duit memang tak dapat.. Sebab baki budget dah pulang semula ke Kewangan.. Begitulah perjalanan duit government..
P.S.: Kalau tak silap saya, claim mesti di buat sebelum tamat bulan 10..
Cikgu Yati 12:49 PM on 26/11/2007 Pautan Kekal
terima kasih cikgu Azleen, bila projek tak dirancang, last minute , tiba-tiba semua menimbum2, maka berlakulah pembaziran.Dengar khabar semua baikpulih yang dibuat kat sekolah ada saja yang tidak betul, ada grill yang dipasang boleh tanggal bila pengetua goncang( pengetua prp, dah nak pencen).Kadang2 terfikir juga adakah projek2 ini hanya untuk kontraktor2 pilihan.Penggunaan duit rakyat mesti penuh dengan akauntibiliti.Lain kali buatlah perancangan sepanjang tahun, macam yang kita cikgu selalu kena buat untuk panitia atau bidang
flowergirl 5:01 PM on 05/12/2007 Pautan Kekal
Hehehe… raya nak pakai banyak duit. kenalah buat projek sebelum raya. biasa le tu cikgu. kontraktor ikut aje…
myGSTT.com 11:21 AM on 08/01/2008 Pautan Kekal
Guru Sandaran Tidak Terlatih perlu pembelaan.
Layari http://www.myGSTT.com