seronoknya jadi cikgu……
sampai sekolah jam 7 pagi. gi ofis punch kehadiran sambil tengok list cikgu keluar….. ada 6 orang pelbagai tugasan resmi , tak masuk yang MC, pelbagai kursus , bawa murid utk pertandingan , 10 orang tak ada tu kira normal… alamat banyak dapat relief la hari ni. Turun bawah utk check tugasan cleaners dan tukang kebun, guru bertugas dah mula melaung kat murid supaya berkumpul, yang baik2 tu senang aje, sekali cakap dah setel, tapi yang masih berlonggok kat bawah pokok, diluar pagar, kat warong masih tak kisah, sebok cerita hal masing2 teruatamanya jika malam tadi ada konsert (kat KL ni banyak hiburan2 macam ni, yang diwar-warkan kat tv dan juga yang bersepah kat merata ceruk setiap malam). Cikgu disiplin tu saya rasa kena ambil insuran nyawa. hari2 nak uruskan masalah disiplin, tension, sedih, marah,kecewa, semua ada. Dalam kelas jangan harap dapat mengajar dengan tenang , ada saja gangguan dan deraan dari murid2 yang biadap, malas dan tak nak belajar.Hari 2 mesti suruh sapu kelas, itu pun susah, ada member tu dah nak pencen, cikgu pempuan , guru kanan lagi ,terpaksa ambil penyapu sapu lantai depan murid yang tak pun rasa bersalah, malahan tengok saja macam cikgu tu babu dia.Kena maki hamun dengan kata2 ‘ pergi mampus.., b*** dan sebagainya . tu dah jadi biasa, jika cuba menegur murid2 yang macam ni. Apa tindakan sekolah ? Setakat merekodkan salahlaku, kaunseling, nasihat, panggil ibubapa.Tapi kecewa betul sebab bukan boleh ambil tindakan yang tegas, habis tegas panggil parents . Ada bapa yang kata anaknya baik kat rumah, tidor pun dengan mak lagi, belikan handset seribu lebih sebab sayang…. haa tu lah problemnya. Anak terus buli ibu bapa , kat sekolah buli orang lain termasuk cikgu, nak buang sekolah bukan senang, kalau result jatuh, cikgu yang kena.Murid macam ni selalu ponteng, kerjakursus tak siap, cikgu kena lagi. Itu baru masalah dengan murid , datang pulak macam2 arahan dari pelbagai pehak atasan untuk laksana macam2 benda, program itu dan ini yang kebanyakannya membazir masa, tak capai matlamat, tapi mesti buat secara hebat, ada perasmian, ada jamuan, hiasan sana hiasan sini, semua cikgu kena buat. Datang pulak arahan nak maklumat itu dan ini , yang sepatutnya dah ada dalam rekod sebab sekarang dah ICT, buat online pun boleh. Datang pulak kerja2 jaga bilik, jaga macam2 alatan, terutamanya komputer untuk maths and science, kena buat kerja cari duit PIBG ….cikgu juga , parents tak terlibat sangat .kadang2 arahan tu datang dalam masa 24 jam tak ada surat pun. cikgu pun kelam kabut . kena pergi juga .Tak tahu lah kenapa kita jadi begini. Agaknya banyak sangat pehak yang nak mengambil kesempatan disekolah untuk cari kedudukan atau nak tonjolkan diri, memang senang arahkan saja pacal2 cikgu dan murid kat sekolah, tak banyak soal. Tu lah cikgu2 kat sana tu, kalau kita tak bersuara siapa kah yang akan bela kita? Akhir kalam mengajarlah baik2 jangan pikir nak pencen atau nak berhenti, nanti tak makan anak isteri.Ingatlah dalam tekanan ada keberkatan .Bersabar dan seronok2kan diri anda…..
Kirana 11:03 AM on 18/08/2007 Pautan Kekal
I feel you cikguyati. Dalam pada kerjaya guru dipandang sebelah mata, masih ada kah orang yg menghargai jasa guru-guru ni?
Cikgu Yati 5:55 AM on 23/08/2007 Pautan Kekal
terimakasih bagi response. Bila jumpa kekawan cikgu semua kata dah tak seronok jadi cikgu. Ini petanda buruk kerana kalau we do things out of love, we do it beautifully and honestly.Apa nak jadi dengan impian nak bangun modal insan kerana pihak yang nak membangunkan tu sendiri dah tak de semangat, PM kena sedar hal ni sebab kalau cikgu dah halfhearted, tak kan nak suruh tentera jadi cikgu
anak murid 8:18 AM on 03/10/2007 Pautan Kekal
salam..kesian jugak jadi cikgu ni kan..walaupun bergaji lumayan tapi quality time tu mcm xde jek..tp in the end xde sapa paksa sesapa jadi cikgu..terimalah dengan redha..qada dan qadar..
Andika 3:44 PM on 05/10/2007 Pautan Kekal
Itulah kerja cikgu. Boleh buat semua dari sapu sampah dalam kelas hingga mentadbir sekolah.Tapi jangan lemah semangat, takdir kita telah tertulis sebagai “guru yang berbakti walau tak dihargai”.
ira 8:20 AM on 23/10/2007 Pautan Kekal
i love to be a teacher!…i hope one day i’ll be a teacher…
pray for me..
thank you
wan rohani 3:03 AM on 29/12/2007 Pautan Kekal
susahnya jadi cikgu…..
bazaraza 5:17 PM on 07/01/2008 Pautan Kekal
as’kum. memang benar bagai d luah. malah ada yang menambah… seolah-olah, cikgu hanya mengajar di sekolah. tiadalah ibu bapa tahu, atau tidak mahu tahu, yang cikgu buat kerja ini dan itu, diarah bergini dan bergitu, disuruh ke sini dan ke situ?
pulaknya ada yang bermadah “cikgu 25 haribulan”?
owh, jadi, cuma cikgu yang menanti 25 hari bulan?
penjawat awam atau swasta lain tidak menunggu 25 haribulan? atau mereka-mereka ii bekerja dengan “ikhlas” tanpa mengharapkan gaji?
cikgu lah yang paling “ikhlas”:
1-kami tak makan rasuah atau dut kopi. (cuba tanya “cikgu lain” yang sentiasa pakai baju putih atau biru tu) PIDI(RM).
2- kami serba boleh: jadi kuli ke kuli bos.cuba suruh kerani kat pejabat pos ka, pegawai di hospital ka, atau mana-mana saja, suruh mereka buat garisan padang, bawak budak ke acara sukan, tido seasrama dgn bebudak, potong rumput atau bunga. confirm tak nak, walaupun atas araha bos. tapi cikgu?
apapun, silalah sambung lagi, semaikan buah..fikiran.
wasallam
Fara 11:56 AM on 06/04/2008 Pautan Kekal
Memang setuju sangat2…cikgu bukan takat ngajar je…banyak kije lain…tiap minggu mesti ada je agenda.. cam pertandingan pidato, hari anugerah cemerlang, cam2 laie ler..suma cikgu wat.. terkejar2..hu2..
Ibubapa lak senang je cari silap cikgu..diorang xtau cikgu kije cane.. memang penat jangan nak cakap..
teacher rock 4:43 PM on 07/04/2008 Pautan Kekal
it’s a wonderful xperience being a teacher. work with pupils, making them happy, educate them, brought changes in them… i really njoy it. though i’ve been forced to be a one….after few yrs i realze it is not that bad. i love this noble job day after day.
Nureen Delaila 8:35 PM on 24/08/2008 Pautan Kekal
Kadang-kadang bila difikirkan cikgu jadi manusia yang kena tahu semua benda dan boleh pegang macam2 jawatan dalam satu2 masa. Ada ke orang lain yang boleh jadi macam kami warga guru? … Sebenar semua cikgu orangnya hebat!! Kebanyakan cikgu asalnya memang semangat “ikhlas” hendak sampaikan ilmu di dada, tetapi disebabkan bebanan kerja sampingan yang datang kadang kala datang tak tentu masa membuatkan semangat kita luntur. Harapan buat semua terutama golongan ibu bapa, kenanglah jasa guru. Sekurang2nya “terubat” juga segala penat lelah sepanjang tahun…
awesulong 2:38 PM on 31/10/2008 Pautan Kekal
guru tugas mulia tp orang zaman sekarang xpandang semua tu..yang penting kepuasan diri dipenuhi…guru sudah kurang dihormati