Warna putih memang tak sesuai terutama bagi murid perempuan. Rasionalnya , nampak jarang , kalau kotor mudah dilihat ( staining masa period). Jadi satu masalah pula untuk menegur dan memantau baju jarang ini kerana nampak pakaian dalam. Lebih baik tukar kewarna yang agak gelap seperti kelabu muda atau perang lembut. Uniform lain boleh dikuatkuasakan menggunakan warna-warna lain seperti uniform pengawas, pengawas koperasi , pengawas pusat sumber dan sebagainya, tapi mengapa tak boleh tukar warna putih uniform ini.
Juga kasut boleh tukar kepada kasut PVC warna hitam. Senang mantain, tak perlu basuh kerapkali , tidak mudah bertahi lalat dan lebih murah dari kasut kanvas . Kalau kena hujan , boleh lap dan pakai semula. Mengapa masih nak kasut kanvas. Adakah kerana tradisi atau klasik? Kemajuan teknologi bahan sudah banyak menghasilkan pelbagai bahan baru yang lebih baik dari kanvas, tapi kita masih tak mahu berubah paradigma. Banyak masalah boleh diatasi kalau guna kasut PVC. Lagi pun kasut warna hitam tak mudah nampak comot. Guru dan pengawas tak perlu buang masa nak check kasut, kadang boleh timbul permusuhan antara murid dengan pengawas kerana kasut dan baju jarang.
izran 6:25 PM on 21/12/2007 Pautan Kekal
saya setuju dgn ape yg dikata oleh cikgu.. terutama sekali kasut… sekolah sekarang baru naik satu tahap iaitu memakai kasut hitan tetapi kanvas..!! saya sungguh tidak setuju… kalau boleh pvc atau kulit dan tidak mengikut bentuk school..
suzeee... 5:11 AM on 19/04/2008 Pautan Kekal
saya pun sokong ckap cikgu…………..saya pun besa terkena period kat baju kolah mujur skolah saya perempuan semua klau tidak mesti kena kutuk abis……………tak sangka ada juga cikgu yang prihatin akan nasib kami…………..
qoi 9:19 AM on 30/04/2008 Pautan Kekal
saya setuju dgn apa yg dikatakn cikgu itu.
aidil 9:22 PM on 01/06/2008 Pautan Kekal
yup,betul tu,saye memang setuju pakaian seragam sekolah perempuan dikaji semula. sejak kebelakangan ni byk kes2 maksiat yg berlaku. pakaian jarang menyebabkan nafsu lelaki ‘terangkat’ dan mendorong kepada perkara yg x baik..
ahtok 6:31 AM on 03/06/2008 Pautan Kekal
tukar semua hitam. Nampak mewah! Wow!
Cikgu Yati 10:40 AM on 04/06/2008 Pautan Kekal
sebenarnya uniform sekolah tak terangkat sangat nafsu kecuali yang dah nipis, basah atau pun pemakainya menunjukkan body language yang menggoda, YANG NAK KITA BENTERAS IALAH YANG BANYAK TERDEDAH DALAM MEDIA TU. INI LAH yang paling mengangkat nafsu lelaki, Kita ni nampak yang kecik2, tapi yang besar2 buat2 tak nampak sebab melibatkan kumpulan istimewa yang kebal iaitu artis dan model. Yang kita hentam ialah budak sekolah, Tentunya uniform putih tu patut ubah kepada yang lebih gelap tapi kena wajibkan artis wanita Muslim tutup aurat, pakai longgar dan tidak jarang. Prinsipnya ” dressing to CONCEAL not to REVEAL”
aidil 2:23 AM on 06/06/2008 Pautan Kekal
memang saya setuju…kadang2 saya hairan kenapa tak disalahkan si artis yg suka pakai menjolok mata..yang jadi mangsa ialah si adik2 yg masih bersekolah,sebabnye bdak sekolah tak pandai nak melawan.Tetapi agak sukar utk mewajibkan artis di malaysia ni tutup aurat sebab byk sangat alasan yg diberi seperti ‘hak asasi kaum wanita untuk berpakaian bebas’..
bud 5:54 PM on 20/09/2008 Pautan Kekal
apa salahnya kalau baju kurung tu nipis..baju tu tak mendatangkan kegairahan pada laki2 tapi org yg memakai pakaian tu yg buatkan dirinnya nampak seksi kerana bentuk badan gadis tu menampakan tubuh seksi,buah dada yang besar serta baju dlm yg bercolor …
fifah 3:24 PM on 22/05/2009 Pautan Kekal
sy stuju sgt dgn cdngn ckgu…… nnti ckgu bt lg 2 isu ea2 tdung singkat bgi plajar pompuan n sluar kaki kecil bgi plajar lelaki,,,rmai plajar ikut trend mcm 2 skrang….. pkai tdung tp nmpk bju dlm sbb mreka bt tdung singkat…….