Pada suatu pagi saya dalam perjalanan ke Kota Bharu melalui Gerik. Singgah sebentar di warung roti canai berhampiran stesen bas Kuala Kangsar. Sepanjang saya duduk makan disitu ( lebih kurang 40 minit) , saya dapati gerai mamak yang menjual pelbagai barang itu dikunjungi oleh ramai murid lelaki dari sekolah berhampiran. Mamak penjual secara menyorok-nyorok menjual rokok secara runcit, munkin RM 1 sebatang kpd murid sekolah. Bayangkan berapa untung yang di kaut oleh mamak ini setiap hari . Murid sekolah menggunakan wang belanja bukan untuk makan dan minum tapi beli rokok sebatang demi sebatang setiap hari. Mereka memang tidak mampu untuk beli sekotak.
Mesejnya , kerajaan hanya membenarkan rokok dijual dalam kotak yang melebihi 20 batang. Adakah ini akan mengurangkan tabiat merokok dikalangan murid/ remaja? Tidak ada pemantaun atau penguatkuasaan atas penjual rokok sebatang ini. Saya yakin perkara yang serupa amat berleluasa di setiap kedai/ gerai yang beroperasi hampir dengan sekolah/pusat tuisyen. Diluar munkin,nampak jual air, tapi didalam lacinya ada rokok. Apakah cara kita nak membantu mencegah kemunkaran ini?. Sila beri pandangan, Terima Kasih
musang09 11:12 PM on 07/12/2009 Pautan Kekal
Jangan salahkan mamak tu. Jangan salahkan pelajar tu. Salahkan kita sendiri sebab sebagai ahli masyarakat kita ada tanggungjawab. Kalau nak harapkan orang kesihatan, mampukah mereka yang jumlahnya dua tiga kerat nak pantau satu bandar? Apa yang u buat masa tu. Cuma tulis dalam blog saje? Emm pening kepala PM kalau dapat rakyat macam ni…
fahmi ibrahim 7:50 PM on 30/12/2009 Pautan Kekal
Semua anggota masyarakat perlu bergandingan dalam menyelesaikan masalah komuniti ini. Saya juga pernah melihat (sentiasa mungkin) perkara ini berlaku. Namun agak kekok untuk melakukan sesuatu. Benar kita tidak boleh menuding jari pada satu pihak sahaja, tetapi kita anggota masyarakat marhain ini tidak punya kekuatan untuk itu. Sekarang ini jarang sekali rasanya perlakuan memberi nasihat ini dapat dilunaskan. Kerana “dasar” menjaga tepi kain orang telah disalah tafsirkan oleh masyarakat